KETIKA pelawak Man Raja Lawak mula mengagihkan sumbangan peribadi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan. Cerita Man atau Abd Rahman Kasim, dia berhadapan dengan pelbagai ragam manusia termasuk yang mahu mendapatkan sumbangan bagi tujuan pelaburan tukaran wang asing atau Forex. ARTIKEL BERKAITAN: "Tak perlu jual nasi lemak tepi jalan untuk raih simpati" - Pelawak komen nasib kurang 'job' "Jenuh juga nak balas mesej permintaan orang ramai. Tambah pula ada orang sebarkan nombor telefon saya. "Ada yang mesej di DM (direct massage Instagram) dan WhatsApp maki hamun sebab saya lambat balas. Kenderaan mewah yang ingin dijual Man. "Itu tak termasuk lagi yang DM suruh promo produk, DM merapu minta beli rokok, nak masuk Forex... Astaghfirullahalazim," kata Man. Sebelum ini Man mengumumkan untuk memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 kepada orang ramai termasuk golongan artis yang memerlukan. Usaha murni itu mula digerakkan selepas ramai golongan artis menyuarakan kisah sedih masing-masing kerana kehilangan punca pendapatan apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas tiga hari, Man sudah menyalurkan sebanyak RM13,000 kepada kira-kira 50 penerima yang dipilih secara rawak berdasarkan keperluan masing-masing. Tambah Man, dia tidak memperuntukkan jumlah tetap bagi setiap sumbangan. Niat murni Man dapat pujian ramai. "Golongan artis yang kenal dan rapat saya bagi lebih. "Tapi ada juga peminat yang minta duit untuk bayar sewa sampai RM2,000. Kalau macam tu saya tengok keperluan orang lain dulu. "Kalau yang minta RM100 nak beli beras, minyak... saya bagi RM200," katanya. Tiada syarat khusus ditetapkan namun ia bergantung kepada rezeki dan keperluan setiap orang. MAN RAJA LAWAK Menurut Man tiada syarat khusus ditetapkan namun ia bergantung kepada rezeki dan keperluan setiap orang. "Saya mahu orang mesej di Instagram supaya saya boleh menilai profil dan cara hidup. "Takut juga ada scammer yang ambil kesempatan, ini juga akan ambil masa," katanya.