suria

Tyzo sedar terpaksa bersaing dengan pelawak - “Suara lebih penting, populariti datang apabila kita bagus!”

Tyzo anggap kehadiran pelawak sebagai penyampai radio merupakan satu saingan sihat.

KEHADIRAN pelawak sebagai penyampai radio bukanlah satu perkara baharu, namun sedikit sebanyak memberi persaingan kepada mereka yang sudah lama berada dalam bidang sama.

Perkara itu turut diakui oleh penyampai radio Suria FM, Tyzo, yang menyedari dirinya kurang dikenali berbanding rakan yang lain kerana wajahnya kurang muncul di program hiburan televisyen.

"Sejujurnya, bersaing dengan pelawak sangat susah tapi masing-masing ada cara sendiri, secara umum saya berpendapat pelawak ni orang selalu nampak wajah mereka di pentas jadi lebih dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya Soal Kahwin Umpama Soalan ‘Bila Nak Mati’ - Tyzo

"Bagi saya populariti itu datang bila kita bagus... zaman dulu pun DJ tak keluar mana-mana media tapi sekarang ini media sosial turut memainkan peranan besar untuk menaikkan nama penyampai.

"Mungkin orang tak ikuti saya di media sosial tapi apabila mereka dah kenal mereka akan follow dan tahu siapa disebalik suara ini," katanya kepada mStar.

Tyzo yakin setiap penyampai ada kelebihan.

Meskipun perlu bersaing dengan beberapa penyampai radio yang memulakan karier seni sebagai pelawak, Tyzo berkata setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

"Bagi saya sebagai seorang DJ, suara memainkan peranan penting... Dalam hal ini kalau seorang pelawak boleh buat lawak dan sampaikan info sehingga orang tersenyum itu dah kira bonus.

"Bagi saya jadi DJ ni susah sebabnya suara menentukan semuanya dan kita kena bijak pikat hati pendengar.

Penyampai Suria Petang... (Dari kiri) Shiera, Suraya dan Tyzo.

"Sebab itu ada saya dengar segelintir komen kata pelawak jadi DJ tak kena... iyelah, mungkin masa mereka buat lawak di pentas orang nampak mimik muka, tapi apabila di konti lawak tu tak sampai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, suara Tyzo boleh didengar menerusi segmen Suria Petang setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 3 petang. 

Tyzo bergandingan bersama dua lagi penyampai iaitu Sharifah Shahira dan Suraya Borhan.

Tyzo, Suria FM

Artikel Lain