suria

Syukur... anak sepupu Neelofa negatif Covid-19 selepas 19 hari dikuarantin - “Terima kasih semua atas kiriman doa buat baby Sameera”

Neelofa bersyukur keputusan ujian anak saudaranya yang berusia enam bulan didapati negatif Covid-19.

SELEPAS 19 hari dikuarantin di sebuah hospital akibat dijangkiti wabak Covid-19, anak kepada sepupu pengacara Neelofa iaitu Noor Sameera Mohd Nazlee dibenarkan pulang ke rumah.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian bayi yang berusia enam bulan itu didapati negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara positif Covid-19, Neelofa minta doa orang ramai - “Duduk rumah... kita perangi ini bersama”

Malah, bekas pengacara program MeleTop itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan Sameera.

Neelofa kongsi berita gembira menerusi Twitter miliknya.

"Alhamdulillah, selepas 19 hari dikuarantin, Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif. 

"Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat baby Sameera," katanya.

Pelakon drama popular Red Velvet ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.

Neelofa berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan Sameera.

Rata-rata netizen di laman sosial itu turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkongsian Neelofa.

Menerusi laporan mStar pada 21 Mac lalu, Neelofa berkongsi berita sedih apabila bayi itu disahkan positif Covid-19.

Dia juga memuat naik paparan skrin perbualan mereka dalam satu group keluarga di aplikasi WhatsApp. 

Artikel Lain