suria

“This is not cool! Tolonglah berilmu sedikit” - Zee Avi mengamuk guna lagu tanpa kebenaran, tak sensitif isu hak cipta walaupun tukar lirik

Zee Avi tuntut penjelasan pihak yang menerbitkan muzik video tersebut.

TINDAKAN sebuah produksi tempatan menggunakan lagu ciptaan Zee Avi berjudul Bitter Heart dalam video yang diterbitkan oleh mereka mengundang rasa kurang senang penyanyi dan komposer itu.

Menurut Zee atau nama sebenar Izyan Alirahman, 32, dia kecewa apabila pihak produksi tidak mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan lagunya dalam video yang diterbitkan untuk sebuah agensi kerajaan.

Penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini berkata, perkara itu dianggap serius kerana membabitkan isu hak cipta.

ARTIKEL BERKAITAN: Zee Avi tak gemar barangan mewah... Cukup dapat pemuda bersifat 'ringkas'

"Found it! Untuk pengetahuan apabila buat ini (video muzik) kamu perlukan kebenaran. Tak kisahlah kalau tukar lirik sekalipun, ini merupakan hak cipta intelektual yang perlu dapatkan kebenaran.

"Woi... jadi siapa di sebalik projek ni? Malaysia, ini bukan kali pertama!

"Tolong beritahu saya siapa di sebalik keseluruhan idea, visi dan produksi. Retweet sehingga seseorang tahu. This is not cool," katanya menerusi laman Twitter.

Zee Avi meminta penjelasan produksi yang menerbitkan video itu di laman Twitter.

Menerusi rakaman muzik video tersebut, kelihatan sekumpulan remaja menyanyikan lagu menggunakan muzik asal ciptaan Zee Avi.

Namun mereka menukar lirik mengikut kesesuaian dan jalan cerita berkaitan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Video muzik tersebut menjadi tular dan dipercayai di muat naik secara langsung di laman Facebook, baru-baru ini.

Kamu tahu tak, perkara sebegini tak boleh suka-suka okey? Saya ada bekas label (syarikat rakaman) dan penerbit untuk dihubungi untuk perkara seperti ini!

ZEE AVI

PENYANYI

Malah, ada netizen mendakwa video tersebut dihasilkan dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana pada penghujung video itu terdapat logo kementerian itu.

Perkara itu turut disahkan oleh penyanyi lagu Kantoi ini, bagaimanapun hasil carian mendapati video itu telah dipadam.

Zee Avi tuntut penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab menerbitkan video tersebut.

"Memang (KKM)... ini daripada Facebook live. Saya cuma nak tahu siapa di sebalik kerja ni?

"Kamu tahu tak, perkara sebegini tak boleh suka-suka okey? Saya ada bekas label (syarikat rakaman) dan penerbit untuk dihubungi berhubung perkara seperti ini!

"Tolonglah berilmu sedikit apabila buat sesuatu seperti ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Zee berkata ini bukan kali pertama lagunya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa kebenaran.

"Seperti yang saya katakan, ini bukan kali pertama Malaysia melakukan perkara ini. Sebelum ini ada dua jenama besar buat benda sama.

"Mereka ambil lagu, tukar lirik, atau guna sahaja instrumental, tanpa kredit pun. Ini bukan cara kita menyokong industri muzik," ujarnya.

Zee Avi, KKM, Bitter Heart

Artikel Lain