suria

Masih simpan foto Afifah Nasir biarpun sudah berpisah, ini penjelasan Wan Ariff - “Tiada sebab kenapa perlu padam”

Wan Ariff memberitahu tiada keperluan untuk dia memadam foto bersama Afifah.

STATUS hubungan cinta Afifah Nasir dan Wan Ariff mula menjadi tanda tanya apabila akres tersebut berkongsi foto dengan seorang jejaka berserta kapsyen romantik sekitar Februari lalu.

Malah, menerusi tinjaun mStar ketika itu, Afifah sudah memadam foto bersama Wan Ariff manakala bekas kekasihnya itu masih menyimpan gambar-gambar kenangan mereka di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir tayang kekasih baharu, netizen tanya mana Wan Ariff?

Selepas lama mendiam diri, Wan Ariff menjawab pertanyaan daripada netizen di Instastory mengenai tindakannya tidak memadam foto kenangan manis mereka.

Foto Afifah dengan seorang jejaka timbul pertanyaan dalam kalangan netizen mengenai hubungannya dengan Wan Ariff.

Menurut Wan Ariff, dia tidak melihat sebab tertentu untuk memadam foto-foto tersebut dan tiada keperluan berbuat demikian.

"Secara peribadi saya tidak melihat kenapa perlu memadamnya. Tak pasti apa yang akan dapat daripada melakukannya (padam)," tulisnya.

Menerusi laporan mStar pada 17 Februari lalu, perkongsian foto terbaharu Afifah dengan seorang jejaka menarik perhatian netizen di laman Instagramnya.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, 27, mengucapkan terima kasih kepada jejaka kerana meluangkan masa menyambut ulang tahun kelahirannya.

Antara soalan yang diberikan netizen kepada Wan Ariff.

Dalam pada itu, Wan Ariff juga membalas salah satu pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui alasannya masih mengikuti laman Instagram Afifah sedangkan mereka sudah berpisah.

Jelasnya, dia dengan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu sudah matang dalam setiap keputusan yang mereka lakukan dan tiada masalah untuk dirinya mengikuti perkembangan Afifah.

"Kami berdua adalah orang yang sudah matang dan kenapa tidak?" ujarnya.

Nama Wan Ariff mula dikenali sejak dia tampil mempertahankan Afifah yang dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar 2017.

Wan Ariff, Afifah Nasir

Artikel Lain