suria

Jurukamera positif Covid-19 kini di ICU - “Dia demam dan sesak nafas, keadaan semakin teruk sebaik tiba di KLIA”

Norimy pernah bekerjasama dengan Ambia sebelum ini.

JURUKAMERA drama Demi, Ambia Ahmad mengalami demam ketika menjalani penggambaran di Scotland namun keadaannya semakin teruk sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 31 Mac lalu.

Menurut rakannya Norimy Aimi, keadaan Ambia yang mengalami sesak nafas membuatkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus membawanya ke Hospital Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon kanak-kanak Puteri Rayyana Rayqa dan ibu positif Covid-19 - “Dia demam dua hari ketika di Scotland”

"Beberapa bulan lalu, saya, Rahila (pengarah drama Demi, Aishah (jurusolek) dan Ambia pergi ke United Kingdom dan Sepanyol untuk penggambaran Sudip Pusing Dunia namun ketika itu tiada lagi wabak tersebut.

Seramai 18 orang termasuk kru dan barisan pelakon drama Demi menjalani penggambaran di Scotland.

"Kebetulan, untuk drama Demi ini saya tak terlibat pun tapi saya ada berhubung dengan mereka di sana. Saya difahamkan, Ambia memang ada mengalami demam tapi mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sejuk.

"Sebab ketika itu, Scotland tiada sebarang kes berkenaan dengan Covid-19. Tapi demam dia berlarutan dan sebaik saja tiba di KLIA, dia mengalami sesak nafas dan keadaannya semakin teruk.

"Pihak KKM yang berada di KLIA terus membawa dia ke Hospital Sungai Buloh," kata Norimy ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Saya tak dapat nak hubungi Ambia sebab dia pun masih dirawat di ICU.

NORIMY AIMI

PENULIS SKRIP

Sebelum ini, pelakon Puteri Aishah, pengarah Rahila dan empat kru produksi drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland itu disahkan positif Covid-19.

Selain mereka, pelakon kanak-kanak iaitu Puteri Rayyana Rayqa dan ibunya yang dikenali sebagai Syira turut menerima nasib yang sama.

Seramai 18 orang termasuk kru dan pelakon drama tersebut tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.

Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, Norimy memberitahu keadaan Ambia kini semakin beransur pulih namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

"Saya difahamkan Ambia masih dirawat di ICU dan katanya keadaan kini beransur pulih," ujarnya.

Jurukamera, Drama Demi, Puteri Aishah

Artikel Lain