suria

“InsyaAllah aku cuba tak main TikTok lagi” - PU Abu minta maaf, katanya sekadar nak ‘happy happy’ dengan keluarga

PU Abu jawab kritikan dan kecaman yang dilepmarkan netizen.

GARA-GARA memuat naik video menari menerusi aplikasi TikTok, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dikecam segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan aksinya itu.

Menjawab kritikan netizen itu, Abu berkata kapsyen yang ditulis olehnya itu merupakan sindiran kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dan video tarian tersebut pula dirakam sekadar suka-suka.

"Sebelum baca kapsyen posting TikTok aku itu baca Bismillah dulu. Kapsyen tu lebih memerli tindakan Menteri KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), cuba baca dan hadam dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu kena kecam main TikTok, diminta buang 'username' Pencetus Ummah - “TikTok ni bukan saja asah kreativiti malah eratkan silaturrahim”

"Bab nickname dekat video TikTok tu aku malas nak edit, dia auto macam tu ikut aku punya emel Apple ID. 

"Aku pun buat suka-suka je, baru install dua hari lepas nak happy dengan keluargalah katakan," katanya.

Sebelum itu, Abu berkongsi rakaman mengisi masa lapang dengan bermain aplikasi TikTok.

Abu jelaskan niatnya memuat naik video tarian TikTok.

Video yang dimuat naik di laman Instagram itu menerima komen negatif menganggap pendakwah bebas itu tidak sepatutnya menggunakan nama Pencetus Ummah di akaun aplikasi itu.

Menerusi kapsyen video tersebut, Abu memberitahu bahawa dia hanya menyahut cabaran yang disarankan Menteri Pengajian Tinggi itu.

Pertandingan TikTok yang dipercayai dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai khususnya golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyerlahkan kreativiti mereka biarpun terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

Penyanyi rap, Caprice turut mengulas mengenai video tarian PU Abu di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, PU Abu memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perkongsiannya itu.

Bagaimanapun, dia mengakui hairan apabila video TikTok yang dimuat naik lebih menarik perhatian orang ramai berbanding program bacaan Al-Quran yang di anjurkan olehnya di Instagram.

"Mungkin aku post salah timing kut... apa pun aku minta maaf pada rakyat Malaysia sebab bermain TikTok, InsyaAllah aku cuba tak main lagi, maaf ya guys.

"Aku buat live mengaji tak ada orang tengok, malam tu tak ada siapa tengok. Aku tak hairan pun, aku buat video TikTok terus dikritik.

"Aku minta maaf ya. Satu lagi, tolong jangan panggil aku ustaz,aku bukan ustaz," ujarnya.

PU Abu, TikTok

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia