HAMPIR setahun kisah rumah tangga menjadi perhatian masyarakat, Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan mengakui dia penat berdepan dengan pelbagai bentuk kecaman daripada netizen. PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi berkata isu tersebut membuatkan maruah keluarga turut tercalar dan meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupannya. "Dalam setahun isu demi isu timbul berkait dengan aku. Satu je perkataan yang aku boleh cakap iaitu penat. Aku penat nak berhadapan dengan benda-benda viral yang negatif berkait dengan diri aku. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kes curang, Hana Azraa dedah perkahwinan dengan PU Abu bakal berakhir - “Kami dah bawa haluan masing-masing” ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa bukan lagi isteri PU Abu - “Berhenti tanya soal hubungan Abu dengan wanita lain” "Bila aku viral tahun lepas sejujurnya aku kecewa dengan diri aku sebab aku dah calarkan maruah keluarga aku terutamanya ayah aku yang aku boleh consider orang yang dikenali di kawasan aku tinggal. "Kalau aku ni jenis sebatang kara tak apa juga... tapi kecewa sebab masih ada famili, jadi apa berlaku mereka akan terpalit," katanya menerusi Instagram pada Sabtu. Penjelasan PU Abu di Instagram. Sementara itu, Abu menegaskan dia bukanlah seorang ustaz dan tidak layak diangkat menjadi contoh kepada masyarakat. Malah, dia mengakui malu membawa gelaran tersebut kerana isu yang tular dan berharap orang ramai tidak memanggilnya dengan panggilan ustaz. "Aku bukan seorang ustaz, aku tak layak diangkat sebagai role model untuk masyarakat. Gelaran PU tu pun kebetulan, aku masuk satu pertandingan anjuran Astro kemudian terkeluar waktu semi final. "Kalau korang masuk pun ada rezeki korang boleh dapat gelaran tu. Aku akui tindakan aku telah memberi tanggapan negatif pada kawan-kawan aku yang lain sebab tu aku tak suka dan tak nak dipanggil ustaz Abu atau PU Abu. "Lepas aku viral, apabila hadir mana-mana program orang tanya aku ni PU Abu ke? Aku jawab tak... pelanduk dua serupa. Sebab apa? Sebab aku sendiri pun malu dengan diri sendiri. Aku kongsi dekat orang ilmu aku yang sikit ni dengan harapan benda tu boleh bantu dekat akhirat nanti. Itu sahaja!," ujarnya. PU Abu akui kontroversi naikkan namanya. Dalam pada itu, Abu memohon orang ramai memberikannya sedikit ruang untuk membetulkan keadaan dan berbuat kebaikan. Tambahnya, dia bukanlah individu yang gemar mencari peluang dengan mencipta kontroversi untuk menambah pengikut di laman sosial. "Aku kadang-kadang terfikir kenapa manusia ni suka double standard menilai manusia yang lain, ada orang tu mohon maaf selepas hina rakyat Kelantan terima sebagai permohonan maaf. Aku buat salah kemudian mohon maaf dikatakan play victim. Tak adilnya! "Aku ni jenis tak pandai nak cipta isu untuk dapatkan followers. Sebab tu aku selalu sebut dalam live yang followers aku ada ni pun hasil daripada perbuatan aku yang tak baik. "Jadi aku gunalah dengan sebaiknya untuk cuba bagi sekecil-sekecil manfaat. Aku harap masyarakat boleh bagi aku ruang untuk buat benda baik. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih," katanya. PU Abu enggan ulas isu rumah tangga kerana hanya akan memberi kesan negatif. Sering diajukan mengenai soal rumah tangga, Abu berkata isu tersebut bukanlah perkara yang sesuai untuk dibincangkan di media sosial. Ini berikutan setiap jawapannya hanya akan mengundang lebih banyak kesan negatif berbanding positif. "Bab rumah tangga kalau nak tahu lebih lanjut DM (direct message) sajalah ya? Kalau aku sempat aku balas ya? Pendirian aku sama media sosial bukan tempat yang sesuai untuk cerita perihal rumah tangga aku sebab lebih banyak negatif dari positifnya. "Apa pun aku mohon maaf sekali lagi pada seluruh rakyat Malaysia diatas apa yang aku buat selama ni ya," ujarnya. Tahun lalu, nama PU Abu menjadi sebutan ramai apabila dia menceraikan isteri, Ain Afini Latif yang sedang hamil dan mengahwini pengusaha produk kecantikan, Hana Azraa. Isu ini membangkitkan kemarahan netizen sehinggakan PU Abu menerima pelbagai kecaman berhubung tindakannya itu.