SEBULAN berada di kampung halaman Sarawak, penyanyi lagu Fieya Julia memberitahu dia mula merindui dua ekor kucing peliharaannya di Kuala lumpur. Fieya, 21, bersyukur ada rakan serumah yang boleh menjaga kucing-kucing itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Sejujurnya, saya dah lama nak balik KL, rindu dua ekor kucing saya sebab tak pernah tinggalkan lebih dari dua minggu. Kucing tu saya dah anggap macam anak sendiri sebab bila saya sedih mereka tempat saya luahkan perasaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Ada suara misteri sambung nyanyian saya” - Gangguan mistik jejas fokus Fieya Julia ketika latihan Big Stage "Mujurlah ada seorang lagi teman serumah yang boleh bantu menjaga kucing saya sepanjang tempoh PKP ini. "Saya berada di kampung sebelum PKP dikuatkuasakan dan ada cuba tempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, tapi tak berjaya," katanya kepada mStar. Fieya luang masa bersama keluarga di Sarawak. Bercakap mengenai aktiviti semasa tempoh PKP ini pula, penyanyi lagu Perasaanku ini berkata dia meluangkan masa bersama keluarga dan mengubahsuai bilik di rumahnya. "Memandangkan saya sekarang berada di Sarawak, jadi saya gunakan masa terluang ini bersama keluarga... saya banyak melepak dan berborak dengan ayah, kalau saja-saja nak balik ke Sarawak memang susah. "Saya juga tolong ubahsuai bilik lama untuk dijadikan tempat berkumpul dengan keluarga dan ruang dengar lagu," katanya. Bulan puasa ini kami ingat nak buka puasa beramai-ramai, tapi tak kesampaian! FIEYA JULIA PENYANYI Dalam pada itu, penyanyi berumur 21 tahun mengakui pada awalnya bersedih apabila mengetahui tempoh perlaksanaan PKP dilanjutkan. Bagaimanapun, dia memandangkan lanjutan ini sebagai langkah positif dan berharap negara dapat menangani Covid-19 secepat mungkin. "Sebenarnya saya rasa sedih sebab ada pelbagai rancangan yang nak dibuat, macam bulan puasa ini kami ingat nak buka puasa beramai-ramai dengan rakan-rakan program Big Stage. "Tapi nampaknya tak boleh nak buat apalah, terpaksa dibatalkan. Semoga wabak ini berjaya dihapuskan secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak dan kita tidak beraya di rumah sahaja tahun ini," ujarnya.