BERITA gembira buat peminat Izara Aishah apabila pelakon itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama seberat 2.9 kilogram pada Rabu. Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Datin Seri Tengku Zawyah yang meluahkan rasa syukur menerusi laman Instastory pada petang Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Diam-diam ‘perut berisi’, Izara Aishah buka rahsia sedang hamil enam bulan Tengku Zawyah atau nama sebenarnya Tengku Zawyah Tengku Izham berkata dia yakin Izara akan menjadi seorang ibu yang terbaik dan penyayang. Berita gembira itu dikongsikan Siti Nurhaliza dan Tengku Zawyah di Instastory mereka. "Alhamdulilah tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran kegembiraan baru. Cute little princess. Semoga Allah memberkati awak dan puteri awak. Saya tahu awak akan menjadi ibu yang terbaik dan penyayang. "Cucu perempuan kita lahir hari ini dengan berat 2.9 kilogram,” tulis Tengku Zawyah yang turut ‘tag’ akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakala menerusi Instastory penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza juga bersyukur dengan penambahan ahli baharu dalam keluarga mereka. "Alhamdulillah... makin bertambah ahli keluarga kita,” tulisnya ringkas. Izara bersama keluarga suaminya, Adib Khalid. Bagaimanapun, sehingga kini Izara dan suaminya iaitu Adib Khalid belum memuat naik sebarang perkembangan dan info mengenai perkara itu di laman sosial. Menerusi laporan mStar pada 1 Januari lalu, Izara berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang ketika itu memasuki usia enam bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Pelakon drama bersiri Ombak Rindu itu dan anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkahwin pada 17 November 2017.