suria

Ibu Aliff Syukri jawab tuduhan ‘unfollow’ menantu - “Suka hati sayalah... menteri atau artis pun saya tak follow!”

Rozita jawab tuduhan netizen kononnya dia bergaduh dengan menantu.

IBU kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim bengang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah cuba melaga-lagakan hubungannya dengan menantu, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

Rozita berkata dia hairan apabila isu tidak mengikuti laman sosial masing-masing menjadi perbualan hangat netizen sedangkan hubungan mereka masih baik seperti biasa.

"Saya tak follow Ida (Shahidah) kecoh satu Malaya masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, sempitnya cara berfikir... sedap bergosip penghilang stres ya... seronok bergosip? Nak tahu saya gaduh dan salahkan menantu... dia tetap anak menantu saya sampai Jannah, dalam Islam tak ada istilah unfollow masuk neraka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cari pengganti? Saya tak fikir lagi” - Rumah tangga di hujung tanduk, Aliff Syukri kata bahagia dengan apa yang dilalui

"Saya tak pernah burukkan Ida dan tak campur dunia luar. Ingat ayat saya satu saja, dia tetap menantu saya hingga akhir hayat saya dan ibu pada cucu saya. Saya tak follow tak bermaksud saya gaduh, saya penat dihakimi oleh netizen.

"Jangan tanya saya unfollow, saya malas dan tak nak tengok semua anak-anak saya di media sosial... semak otak je! Jangan soal perkara tak cerdik, tak menguntungkan, tak perlu sibuk fasal mereka untuk saya ulas. Suka hati saya nak follow atau tak! Pak menteri atau artis pun saya tak follow, saya takkan lihat benda yang tak menguntungkan!" katanya menerusi laman Instagram.

Rozita jawab tuduhan netizen kononnya bergaduh dengan menantu.

Sementara itu, Rozita yang juga merupakan pengasas produk kecantikan tradisional memberitahu kenyataannya ini adalah kerana sudah tidak tahan dengan pertanyaan pelbagai pihak mengenai rumah tangga anaknya itu.

Malah, dia mengakui hubungannya dengan Shahidah baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah atau isu.

"Pernah nampak saya gaduh dengan orang lain maki hamun di media ke? Kalau dengan orang tak pernah, takkan dengan Ida saya nak gaduh... posting saya semua di Instagram dianggap sindir Ida? Saya orang tua yang matang setakat ini okay. Berhentilah jadi penyibuk! Dia sangat baik dengan saya sampai sekarang.

"Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penatlah! Kalau orang lain tak ada siapa kisah pun, tak follow, follow, bercerai bagai, tak ada orang berminat nak tahu. Persoalannya dapat apa? Kalau bercerai juga kenapa? Nak kahwin dengan Kri (Aliff Syukri) atau nak kahwin dengan Ida?

Aliff akui rumah tangga sedang bergolak.

"Suka nak menghina biar mereka lemah semangat ke? Bab Kri dengan Ida... saya pun dipalit sama, saya tak bersalah dalam hal ni. Tolonglah, kasihanilah berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ni," ujarnya.

Awal mac lalu, pergolakan Aliff Syukri dan isteri Nur Shahida menjadi perbualan hangat netizen lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Rozita pula dilihat ‘unfollow’ menantunya seakan-akan memberi bayangan ada krisis dalam perhubungan mereka.

Dalam masa sama, Aliff turut mengakui hubungan rumah tangganya sedang berdepan pergolakan apabila memuat naik surat permohonan cerai di laman sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu berikutan tuntutan cerai berkenaan dibuat oleh isterinya.

Artikel Lain