PENYANYI Datuk Seri Nurhaliza mengambil inisiatif membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) atau singkatan Dana P.K.P Siti Nurhaliza. Menurut Siti, sebagai permulaan pihaknya menerusi Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000. "Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza berdukacita... lagu baharu 7 Nasihat dicuri secara berleluasa - “Saya mohon hormati hak cipta!” "Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu perjuangan kita menentang Covid-19 sekarang," katanya. Sementara itu, Siti berkata terdapat tiga kategori dana yang setiap daripadanya mempunyai objektif tertentu. Siti ambil inisiatif kumpul dana P.K.P. Tiga kategori tersebut ialah Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin yang membawa kepada singkatan P. K. P. "Peduli yang mana membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat perubatan terbabit yang menangani wabak ini. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, penutup hidung dan mulut, sarung tangan serta peralatan lain. "Kedua ialah Kemanusiaan. Ia bagi membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan selain turut mempunyai anggota keluarga golongan kelainan upaya (OKU) atau penyakit kronik. "Ketiga pula, Prihatin yang mana bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan kebajikan,” katanya. Untuk maklumat lanjut mengenai dana tersebut, penyanyi lagu Anta Permana ini memberitahu dia akan mengadakan sesi siaran langsung di saluran YouTube Siti Official Video pada Ahad ini, pukul 2.30 petang.