suria

Berjurai air mata Wan Maimunah terharu terima bantuan - “Alhamdulillah, setiap yang baik pasti akan dibalas kebaikan”

Wan Maimunah tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika menerima sumbangan.

PELAKON veteran Wan Maimunah meluahkan rasa syukur apabila menerima sumbangan daripada Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa individu lain.

Menerusi video yang tular, Wan Maimunah yang kelihatan begitu sebak sehingga tidak dapat menahan air matanya dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada ustaz tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Keji watak Wan Maimunah, Aliff Syukri dan Sajat hanya ikut skrip - “Saya mohon maaf dan janji tak buat lagi”

Menurut Wan Maimunah, dia menerima mesej daripada Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin yang memberitahu mengenai kunjungan tersebut.

Video yang dikongsikan Tengku Khalidah di Instagramnya.

"Alhamdulillah, ibu dapat lagi sumbangan yang dihantar oleh ustaz. Selepas solat subuh, ibu dapat mesej daripada Tengku Khalidah beritahu ustaz nak datang.

"Alhamdulillah, setiap yang baik pasti akan dibalas dengan kebaikan. Terima kasih ustaz datang dari jauh," kata Wan Maimunah menerusi video yang turut dikongsikan di Instagram Tengku Khalidah.

Pelakon yang dikenali sebagai bintang air mata itu ditemui ketika berada di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Dalam pada itu, Ustaz Sheikh Muhammad berharap sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan.

Ini kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.

Selepas solat subuh, ibu dapat mesej daripada Tengku Khalidah beritahu ustaz nak datang.

WAN MAIMUNAH

PELAKON

Ustaz Sheikh Mohammad turut bekerjasama dengan WHAM dan beberapa orang rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite yang mengenal pasti nama barisan pelakon veteran yang memerlukan bantuan.

Selain Wan Maimunah, mereka turut mengunjungi Datuk Wazata Zain, Hail Amir, Norlia Ghani, Shima, Sophia Ibrahim, Mak Jah, S Rohani, Mimi Loma, S Mariam, dan Aripah Damanhuri.

Tidak terkecuali, sumbangan yang mula diedarkan sejak awal April ini disampaikan kepada penggiat teater dan kru balik tabir.

Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.

Artikel Lain