PENYANYI Neeta Manisha memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah terhadap netizen yang menghina warna kulitnya kerana sudah terbiasa dengan perkara itu sejak di bangku sekolah lagi. Malah menurut Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, 26, dia enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kurang senang Neeta Manisha peluk Han Byul di pentas Big Stage - “Saya harap tak ada yang tersinggung” Neeta juga mengambil langkah memadam postingannya itu kerana tidak mahu mencetuskan perbalahan yang berpanjangan sehingga mencemarkan akaun laman sosialnya. Neeta mengambil langkah memadam perkongsiannya itu. "Sejujurnya saya tak rasa apa-apa kerana saya sudah terbiasa sejak sekolah rendah. Kenapa saya berbuat seperti itu adalah hanya untuk memberikan dia pengajaran. "Tweet saya pun dah viral dan orang ramai pun dah bagi dia nasihat. Tak perlu sampai nak saman, mungkin dia budak kecil saja. "Semalam pun saya dah memadam tweet itu kerana menjadi tular dan saya tidak mahu benda itu menjadi cyberbully dan berterusan sebab itu adalah akaun saya. "Kita hanya perlu kawal diri untuk tidak mengatakan sesuatu yang buruk terhadap seseorang itu, sama ada mengenai warna kulitnya, rambutnya, projeknya dan macam-macam. Cukup berkata yang baik-baik saja," katanya kepada mStar. Tapi sekarang ni dah banyak masyarakat yang lebih peka untuk bercakap yang baik-baik, jadi baguslah. NEETA MANISHA PENYANYI Sebelum ini penyanyi lagu Ruang Mimpi itu memuat naik status meluahkan rasa kecewa melihat komen individu yang menghina warna kulitnya di laman Twitter. Bagaimanapun, Neeta yang juga naib juara program Big Stage musim pertama itu mengambil langkah memadam perkongsian tersebut. Dalam pada itu, Neeta mengakui dia tidak mengambil kisah apabila warna kulitnya menjadi bualan netizen kerana dia percaya mereka hanya sekadar mahukan perhatian. Neeta Manisha. "Semua perkara yang melibatkan rasis dan semacamnya dah berlaku sejak lama, jadi benda tu masih ada sampai sekarang. "Tapi sekarang ni dah banyak masyarakat yang lebih peka untuk bercakap yang baik-baik, jadi baguslah. "Sebenarnya ramai orang yang bagi komen macam tu, tapi saya tak ambil kisah sebab mereka hanya mahukan perhatian," ujarnya.