suria

Nana Mahazan sedih kucing kesayangan dijangkiti virus - “Seekor kucing saya kena FIP, koronavirus untuk kucing”

Nana bimbang keadaan kucingnya yang disahkan penyakit FIP.

PENGACARA Nana Mahazan berkongsi berita sedih mengenai salah seekor kucing perliharaannya disahkan penyakit FIP (Feline Infectious Peritonitis) dry form yang disamakan seperti wabak Covid-19.

Nana, 37, mendedahkan perkara itu di ruang komen video terbaharu pelakon Nad Zainal yang meminta pendapat samaada dia perlu atau tidak menghadiahkan seekor kucing kepada anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus pada binatang 99.98 peratus bukan Covid-19 - Veterinar

Pemilik nama Nurul Hana Che Mahazan ini berkata Nad perlu membuat persediaan dalam menjaga kucing terutama dari segi mental sekiranya dia ingin memerlihara haiwan tersebut.

Nana komen di video Nad zainal.

"Hari ini saya dapat berita sedih, salah seekor kucing saya kena FIP. Koronavirus untuk kucing. Aku sedih... Harap dia baik cepat, itulah ada kucing pun nanti akan cepat emosi juga.

"Bila raya atau bercuti nak kena hantar boarding, semua itu kena bersedia la. Ada ke vet terdekat... macam itu. Ini bukan nak takutkan ke apa tau, sekurang-kurangnya awak bersedia dari segi mental," katanya.

FIP merupakan mutasi virus di dalam tubuh badan yang bergabung dengan respon sistem imunisasi kucing dan ia tidak berjangkit.

Dalam pada itu, Nana turut memberitahu penjagaan kucing sama seperti menjaga seorang kanak-kanak yang perlu mengambil suntikan vaksin dan sentiasa kena menjaga pemakanan serta kebersihan.

Masa anak kucing memang aktif, selepas itu dah besar kerja mereka tidur saja nanti. 

NANA MAHAZAN

PENGACARA

Bagaimanapun, Nana berkata, terdapat kelebihan menjaga kucing iaitu mengajar anak-anak mengenai tanggungjawab dalam menjaga haiwan perliharaan.

"Nak bela kucing kena commit. Macam jaga budak juga. Ada masa kena bawa vaksin, makan kena jaga, berak, kebersihan, kasih sayang, grooming... haaa, kena bersedia juga semua itu.

"Habis dicakar sofa nanti itu semua kena bersedia. Air purifier kalau tak nak rumah berbau nanti tapi seronok la budak-budak kalau ade kucing.

"Bagus untuk ajar mereka mengenai tanggjawab kan? Masa anak kucing memang aktif, selepas itu dah besar kerja mereka tidur saja nanti. Apa-apa pun, semoga berjaya!" ujarnya.

Nana Mahazan, FIP, Kucing, Koronavirus

Artikel Lain