suria

Puteri Aishah sembuh Covid-19, dibenarkan keluar hospital - “Menggigil satu badan bila tahu dah negatif”

Puteri Aishah sudah bebas dari jangkitan Covid-19.

SETELAH 11 hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat jangkitan Covid-19, Puteri Aishah berkongsi berita gembira apabila ujian saringan kedua mengesahkan dia bebas daripada virus tersebut.

Puteri berkata dia bersyukur apabila mengetahui keputusan terkini ujian tersebut dan memaklumkan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat.

"Allahuakbar, apabila jururawat Kak Zue cakap result negatif, saya terus shaking satu badan rasa syukur happy sangat!

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland 31 Mac lalu

"Lepas 11 hari dalam wad, pagi tadi pukul 12 pagi saya buat second swab (ujian), dalam tengahari tadi jururawat kata Puteri negatif! You are free from Covid-19!

"Saya berjaya lawan Covid-19. Saya boleh keluar hari ni," katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Sementara itu, Puteri turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang merawatnya sepanjang berada di hospital dan orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Puteri Aishah berkongsi berita gembira di Instagram.

"Alhamdulillah syukur! Terima kasih semua sebab doakan Puteri dan terima kasih yang teramat sgt kepada semua nurse dan doktor yang jaga dan rawat saya selama di sini.

"Saya sangat hargai terima kasih banyak-banyak," ujarnya.

Dalam pada itu, pengurusnya, Iman Tang, mengesahkan mengenai maklumat tersebut dan memberitahu Puteri dibenarkan keluar dari hospital selepas semua urusan dokumentasi selesai.

"Ujian swab kedua Puteri mendapati dia negatif dari Covid-19. Syukur kesihatannya semakin baik," katanya kepada mStar.

Puteri bersyukur ujian kedua dilakukan negatif Covid-19.

Pada 7 April lalu, Puteri Aishah dimasukkan ke hospital selepas didapati positif Covid-19.

Puteri Aishah dipercayai menerima jangkitan itu selepas pulang dari penggambaran sebuah drama di Scotland pada hujung Mac lalu.

Selain Puteri Aishah, aktor Ashraf Muslim, pelakon kanak-kanak, pengarah serta beberapa kru turut positif Covid-19.

Namun, mereka masih lagi mendapatkan rawatan di hospital.

Puteri Aishah, Covid-19

Artikel Lain