suria

Sweet Qismina terjebak Snapchat buah, muat naik gambar kismis - “Bukan sebab dah bersedia kahwin, sekadar hargai pasangan”

Sweet muat naik gambar kismis yang bermaksud ingin berkahwin dengan pasangannya.

PERMAINAN memuat naik emoji buah-buahan seperti epal, pisang, strawberi, kismis dan macam-macam lagi di Instastory dalam kalangan wanita menarik perhatian netizen sejak beberapa hari ini.

Pelakon Sweet Qismina turut tidak melepaskan peluang bermain permainan itu dengan memuat naik gambar buah kismis di Instastory yang membawa maksud ingin berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan bertanggungjawab!” - Sweet Qismina cari pahala, kumpul sumbangan untuk bersedekah di Makkah

Sweet, 23, berkata biarpun kismis bermaksud sedemikian namun dia menafikan seolah-olah memberi gambaran ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Sweet mempunyai hubungan rapat dengan Adam Lee.

Menurut Sweet, dia memuat naik gambar itu kerana ingin menyampaikan mesej bahawa dalam setiap percintaan, seseorang itu mesti mahu membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius.

"Bagi saya, kismis yang saya kongsikan itu seperti penghargaan terhadap pasangan kerana sudi bersama anda dan insyaAllah kalau ada jodoh akan kekal bersama selama-lamanya.

"Bukan sebab saya dah bersedia kahwin di usia muda atau ada perancangan ke arah itu... tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah apabila kita dalam hubungan bercinta, mesti nak fikir ke arah yang lebih serius bukan semata-mata bercinta satu dua tahun je.

Perancangan ke arah itu tolak tepi dulu sebab saya tak terfikir pun.

SWEET QISMINA

PELAKON

"Perancangan ke arah itu tolak tepi dulu sebab saya tak terfikir pun. Andai kata ada perancangan atau dah ada persediaan mengenai perkara itu, saya akan kongsikan di media sosial," katanya kepada mStar.

Sweet mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Adam Lee dan mereka turut digosipkan sedang bercinta.

Permainan yang bermula di aplikasi Snapchat itu sudah wujud sejak tahun 2016 namun kembali menjadi perhatian di laman sosial baru-baru ini.

Jenis-jenis buah di dalam permainan itu mewakili maksud tentang status hubungan bagi kaum wanita seperti sama ada sedang bercinta, berkahwin atau masih solo dan bermacam-macam lagi.



Sweet alami masalah kulit sensitif.

Dalam pada itu, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi turut berkongsi mengenai masalah kulit sensitif yang dihadapinya dan memberikan sedikit petua untuk orang ramai jika berhadapan dengan situasi sama.

"Kulit saya jenis yang sangat sensitif, jika bersolek pada waktu pagi... tengah hari tu dah naik ruam. Saya pun tak tahu kenapa mungkin ada masalah alahan dan perlu berjumpa dengan doktor.

"Jika anda ada masalah sama saya nasihatkan supaya menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan semula jadi. Macam saya, banyak cari produk yang mengandung aloe vera dan vitamin E," jelasnya.

Sweet QIsmina, Adam Lee,

Artikel Lain