USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung kontroversi penutup hidung dan mulut (face mask) yang dijualnya bocor baru-baru ini. Menurut Aliff, dia tidak menyangka topeng itu akan bocor memandangkan ia hanya percubaan sahaja dan bukan untuk dijual seperti didakwa netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Tolong berhenti menipu! Dai Wan tegur Aliff Syukri jual topeng bocor - “Perbuatan jelas haram dan akan jadi bagian dari dosa besar” Bagaimanapun, Aliff memohon maaf jika tindakannya itu menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen dan berharap orang ramai berhenti mencari kesalahannya. Netizen mempertikaikan tindakan Aliff tidak menggunakan produk sendiri. "Saya ingin memohon maaf sekiranya video yang saya buat sebelum ini (mask bocor) disalah erti seolah-olah menipu pelanggan yang sudah memakai mask tersebut. "Sebenarnya saya berjanji, demi Allah mask tersebut tak dijual. Mask baru sampai dari kilang, saya mahu mencuba dan lihat respon pre-oder. Tak jual satu pun. "Saya hanya ingin mencuba, tak sangka bocor. Saya memang prihatin keselamatan pengguna saya. Kita masih buat uji kaji lagi. "Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah," katanya. Sebenarnya saya berjanji, demi Allah mask tersebut tak dijual. ALIFF SYUKRI USAHAWAN KOSMETIK Sebelum ini, tular rakaman video siaran langsung Aliff menunjukkan demonstrasi dengan mencurahkan air ke penutup hidung dan mulut yang dijualnya di Instagram. Aliff berkata, topeng muka tersebut mampu menahan serapan air namun sebaliknya berlaku apabila air yang dicurah menitis tidak seperti diperkatakan. Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, pendakwa bebas Wan Dazrin menegur Aliff kerana bersikap tidak jujur semasa menjalankan perniagaan produk tersebut. Kata Wan Dazrin, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan serta menyifatkan tindakan ahli perniagaan itu sebagai satu dosa besar dan haram dalam Islam. Dalam pada itu, belum reda lagi kontroversi tersebut kini timbul pula isu lain apabila Aliff sekali lagi didakwa menipu semasa membuat promosi produk kurus di Instagram live. Wan Dazrin tegur sikap Aliff tidak jujur semasa menjual produk topeng muka. Menerusi rakaman yang menjadi tular di laman Twitter, dia didakwa tidak meletakkan bahan minuman tersebut di dalam cawannya kerana sachet tersebut diikat dengan getah. "Datuk Aliff buat hal lagi. Acah-acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dengan getah. Cuba perhatikan," kata netizen yang memuat naik video tersebut di Twitter miliknya. Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Aliff ingin menjual produk sendiri namun tidak berani menggunakannya. "Pekerja dia tak rasa apa-apa ke lepas banyak kali duk hadap kebodohan datuk belut elektrik ini? Pelik betul aku tengok. "Dia pun tak berani nak consume produk sendiri. Apa punya perangai owner macam ini," komen beberapa netizen.