SETELAH tujuh hari kelahiran, pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya mengumumkan nama bayi sulung mereka. Menerusi Instagram, Adib berkongsi foto wajah terkini anak perempuanya itu berserta nama yang dipilih iaitu Irisa Alaia. "Sekarang kami bertiga... Alhamdulillah syukur, puteri kami Irisa Alaia Muhammad Adib lahir pada 15 April lalu, salah satu momen paling menggembirakan dan tidak dapat dilupakan bagi saya dan Izara. ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan, Tok Ti luah rasa syukur - “Alhamdulillah... makin bertambah ahli keluarga kita” "Selamat datang ke dunia Alaia, hati saya teruja ketika mendengar tentang kamu dan sekarang di sini bersama kami. Bapa dan ibu sangat gembira dan meletakkan sepenuh cinta terhadapmu. "Semoga menjadi anak yang diberkati dan mampu menggembirakan semua disekelilingmu, menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat," katanya. Adib berkongsi nama anak sulungnya itu menerusi Instagram Adib berkongsi foto dan kapsyen tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu. Pada Rabu lalu, pelakon filem Kau Yang Satu itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama seberat 2.9 kilogram. Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh ibu Adib iaitu Datin Seri Tengku Zawyah menerusi Instastory. Adib teruja dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka. Dalam pada itu, Adib turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga. "Terima kasih atas semua doa dan sokongan... kami sangat hargai setiap ucapan yang baik-baik itu dan kami berharap dapat berjumpa semua orang secepat mungkin! "Semoga jumpa nanti, jaga diri dan ini beberapa foto keluarga yang ingin kami kongsikan dengan semua orang," katanya. Anak tiri kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkahwin dengan Izara pada 17 November 2017.