suria

Mawar Rashid bertudung sepanjang Ramadan - “Saya nak rasa perasaan bila bertudung tu macam mana”

Mawar tidak kisah dengan kritikan atau kecaman netizen mengenai pendiriannya.

KEHADIRAN bulan Ramadan membuka hati pelakon Mawar Rashid untuk mengambil keputusan memakai hijab.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, berkata dia masih dalam proses untuk belajar dan merasai pengalaman memakai hijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif main TikTok, Mawar Rashid sekadar suka-suka - “Saja nak berseronok dengan suami”

"Sebagai umat islam, mestilah saya ada impian untuk memakai hijab. Sekarang ini saya cuba nak rasa perasaan bila bertudung tu macam mana.

Mawar luah hasrat memakai tudung di Instagram.

"Taknak nanti pakai buka pakai buka, jadi kita cuba dulu dengan cara ini. Saya pun tak boleh nak cakap lagi, insyaAllah kalau nanti okay tu okaylah," ujarnya kepada mStar.

Mawar memuat naik sekeping gambar dengan memakai hijab di dalam laman Instagramnya pada Khamis.

Pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu tidak ambil kisah apabila ada segelintir netizen yang melontarkan kata-kata kesat terhadap keputusan yang diambil itu.

"Sebenarnya saya dah biasa berdepan dengan netizen, kalau diorang cakap apa-apa pun tak terkesan di hati saya. Cukuplah saya menghargai orang-orang yang memberikan kata-kata positif daripada kepada orang yang negatif," katanya.

Mawar Rashid, bertudung, Ramadan,

Artikel Lain