suria

Tak dapat balik Sabah, Andi Bernadee sedih sambut Ramadan tanpa keluarga - “Memang rindu tapi tak boleh nak buat apa!”

Andi akui rindu menyambut Ramadan bersama keluarga yang berada di Sabah.

PENYANYI Andi Bernadee bersyukur dan teruja kerana masih diberikan kesempatan meraikan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapun, dalam masa sama dia turut bersedih kerana tidak dapat bersama keluarga berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jika sebelum ini saya pulang ke Sabah pada awal Ramadan ataupun keluarga yang datang ke Kuala Lumpur, tapi tahun ini kami semua tak boleh kemana-mana kerana PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi gigit leher wanita seksi, MV Andi Bernadee dikecam bercanggah dengan ajaran Islam - “Maaf... anda sepatutnya tahu batasan”

"Jadi saya menyambut awal Ramadan sendirian di KL... memang rindu tapi tak boleh nak buat apa! Kita ikut sahaja saranan kerajaan untuk kekal di rumah. Lagipun saya dah biasa merantau jauh, jadi itu bukanlah satu masalah terlalu besar buat saya!

"Ramadan tahun ni tiada sebarang persiapan khusus, semua barang-barang dapur sudah dibeli. Masak orang-orang bujang sahaja, sardin, telur macam tu... kalau malas nak masak, buat tempah delivery sahajalah," katanya kepada mStar.

Andi buat persiapan ringkas menyambut Ramadan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Shimmy ini berkata Ramadan tahun sangat berbeza dengan tahun sebelumnya.

"Tahun ini memang berbeza, tak boleh nak solat terawih beramai-ramai, bazar pun tak ada.

"Kalau sebelum ini bulan puasa memang penuh dengan aktiviti bersama anak-anak yatim, tapi tahun ini tak kesampaian nak buat aktiviti macam itu lagi.



Andi terpaksa tangguh pelancaran album kerana Covid-19.

"Saya anggap ada hikmah atas apa yang berlaku dan mungkin tahun ini adalah waktu untuk cari masa sendiri. Apa-apa pun kita doakan wabak Covid-19 ini akan cepat-cepat berakhir," ujarnya.

Bercakap mengenai karier seni, Andi memberitahu dia dan pihak syarikat rakaman terpaksa menangguhkan pelancaran album yang dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

"Kalau diikutkan selepas hari raya ni saya akan lancarkan album penuh yang mengandungi tujuh lagu.

"Tapi memandangkan penularan Covid-19 dan PKP, jadi semuanya ditangguhkan dahulu... belum tahu lagi tarikh baharu untuk pelancaran album itu," katanya.

Andi Bernadee

Artikel Lain