suria

Rita Rudaini kerap kongsi video anak mengaji, netizen tegur takut jatuh riyak - “Kalau ustaz-ustaz yang muat naik di media sosial nak cakap dia orang apa?”

Rita menegur tindakan seorang netizen meninggalkan komen mengenai video perkongsiannya di laman Instagram

TINDAKAN pelakon Rita Rudaini berkongsi video belajar mengaji Al-Quran secara dalam talian menerima teguran daripada seorang individu di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Menjawab komen netizen itu, Rita berkata dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya sekadar ingatan dan mengajak orang ramai melakukan kebaikan.

"Allah lebih mengetahui niat mengajak orang ke arah kebaikan atau untuk menunjuk-nunjuk, saya dah besar, awak dah besar, tak perlu mengingatkan orang lain kerana Allah ada... biar Allah yang mengadili dan menilai seseorang itu kerana dia lebih arif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak hang anak sah taraf ke?” - Melampau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu fitnah status anak mohon maaf

"Takut bila kita bercakap tak betul nanti jatuh fitnah atau bila kita menegur atas sebab nak tunjuk kita hebat atau niat lain contoh dengki dan iri hati tetapi diselindung dengan cara konon sekadar berkongsi, sekadar memperingati.

"Seperti menggunakan akaun palsu untuk menegur... Allah lebih mengetahui dari kita hamba yang hina ini, sama-sama awak, saya dan kita semua beristifar... bila terlintas sahaja fikiran buruk terhadap manusia lain," katanya.



Rita menjawab komen seorang netizen di Instagram miliknya.

Menerusi laman Instagram, Rita berkongsi rakaman video dia bersama dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sedang belajar mengaji secara dalam talian bersama Ustaz Haji Zalie.

Menerusi posting tersebut, pelakon filem Mami Jarum ini mempelawa pengikutnya mengikuti kelas mengaji Al-Quran bagi memperbetulkan bacaan masing-masing.

Bagaimanapun, ia mengundang rasa kurang senang seorang netizen yang menasihati Rita tidak terlalu kerap memuat naik aktiviti ibadah kerana bimbang wujudnya perasaan riyak.

"Biar Allah SWT sahaja yang tahu, bukan kerja awak... kongsi benda baik cakap riyak, kongsi TikTok kata garik, semua tak kenalah!

RITA RUDAINI

PELAKON

"Baguslah didik anak membaca Al-Quran tapi hati-hati ya jangan aktiviti mulia ibadah ditontonkan di ruang siber terlalu kerap sebab takut terselit perasaan riyak.

"Kita ni manusia walau tak banyak, sikit dalam kita nak buat kebaikan pun syaitan tak lepas nak goda hati kita, syaitan akan timbulkan perasaan suka menunjuk suka dipuji setelah menunjuk takut-takut nanti niat asal baik kita ikhlas bercampur dengan dosa dari lintasan hati.

"Kita pun tak nak anak-anak kita terikut-ikut semua ibadah mesti dimuat naik di media sosial untuk diperhatikan, sekadar berkongsi dan mengingatkan. Walahuallam," komen netizen.



Rita bersama dua anaknya memenuhi aktiviti keagamaan sepanjang tempoh PKP.

Sementara itu, Rita meminta netizen berkenaan tidak bersangka buruk sehingga sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kepada seseorang.

"Kalau macam tu ustaz-ustaz yang muat naik di media sosial nak cakap dia orang apa? Menunjuk-nunjuk untuk dipuji atau berkongsi kebaikan? Tak perlu bersangka buruk dengan orang ya.

"Biar Allah SWT sahaja yang tahu, bukan kerja awak... kongsi benda baik cakap riyak, kongsi TikTok kata garik (gatal), semua tak kenalah!

"Lebih baik dia nasihat diri sendiri jangan mudah buruk sangka dekat orang... dahlah guna Instagram palsu, duk melilau konon nak menasihati, hati tu bersangka yang tak betul kat orang pun berdosa juga tu! Tapi dia tak sedar dan tak nampak diri dia sendiri sebab sibuk judge hidup orang lain," ujarnya.

Rita Rudaini,

Artikel Lain