suria

Siti Elizad kongsi tip khatam Al-Quran di bulan Ramadan - “Letak telefon dekat luar semasa mengaji dan selesai solat”

Siti Elizad tetapkan masa untuk membaca Al-Quran sepanjang tempoh PKP ini.

MERAIKAN keberkatan bulan Ramadan, umat Islam mengambil kesempatan dengan mempertingkatkan ibadah dan memperbanyakan amalan.

Bagi pelakon Siti Elizad, dia dan keluarga menjadikan bulan mulia ini sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan pencipta termasuklah khatam Al-Quran.

Berkongsi rahsia dan teknik menghabiskan bacaan Al-Quran dalam masa 30 hari, Elizad berkata dia mempunyai cara tersendiri bagi memastikan matlamatnya itu dicapai mengikut waktu ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad jalani rawatan IVF buat pertama kali - “Mental kena kuat, doakan saya”

"Saja berkongsi, macam mana boleh khatam sebulan? Kebiasaannya famili kami ikut trick cara ni... cumanya untuk isteri-isteri, wanita kena lebihkan sikit halaman tu sebab kita kan ada bulan mengambang tujuh atau lapan hari, jadi kena extra sikit.

"Untuk satu kali khatam... solat Subuh empat halaman, solat Zuhur empat halaman, solat Asar empat halaman, solat Maghrib empat halaman dan solat Isyak empat halaman.



Elizad kongsi tip habiskan bacaan Al-Quran selama sebulan.

"Jadi boleh cuba untuk Ramadan ni okay... selamat mencuba!," katanya menerusi Instastory pada Jumaat.

Sebelum itu, Elizad mendedahkan dia dan suami, Shamsul Baharin Rahman berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Alhamdullillah, saya ada peluang khatam Al-Quran untuk musim PKP ini sambil kerja dari rumah. InsyaAllah esok boleh mula yang baru untuk Ramadan tahun ini.

"Macam tak percaya esok dah nak puasa. Semoga Ramadan ini berjaya untuk kita semua dan memberikan kebaikan kesihatan dan kehidupan," tulisnya.



Elizad khatam Al-Quran sepanjang tempoh PKP.

Berkongsi tip lain, Elizad berkata dia menjauhkan telefon bimbit semasa membaca Al-Quran kerana bimbang fokusnya terganggu.

"Yang cakap bila masa saya mengaji? Nampak review makan dan masak je... nak bagitahu famili kami pun normal macam orang lain.

"Masa makan, kami makan... masa masak kami masak... masa bergurau kami bergurau. Masa main telefon, kami main telefon! Jadi masa mengaji, solat dan sebagainya kenalah buat betul-betul.

"Tip dia jangan letak telefon dekat sebelah semasa mengaji dan selesai solat sebab korang mesti kejap-kejap nak periksa telefon... sila letak dekat luar, lebih afdal luar pagar!," ujarnya.

Siti Elizad

Artikel Lain