suria

DJ Lin sayu tak dapat balik kampung sambut Ramadan - “Ambil peluang untuk masak dan kongsi dengan jiran-jiran”

DJ Lin akui Ramadan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelum itu.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin mengakui Ramadan kali ini berbeza kerana dia tidak dapat pulang ke Johor berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan dia tidak dapat meraikan awal Ramadan bersama keluarga.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44, berkata biarpun berasa sedih kerana tiada bazar Ramadan namun mengakui masa yang ada memberi peluang untuk dia masak sendiri di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami”

"Ramadan kali ini sangat berbeza sebab kita berada dalam tempoh PKP. Selalunya setiap tahun saya akan mengambil cuti dan pulang ke Johor untuk menyambut awal Ramadan bersama mak dan adik-beradik, tapi kali ini tak dapat balik jadi saya hanya buat panggilan video sahaja.



DJ Lin seronok dapat luangkan masa dengan anak-anak.

"Bila puasa ni, tekak rasa nak makan macam-macam, teringin nak makan kuih tradisional tapi bazar ramadan pulak takde jadi agak sedihlah tak dapat nak beli, kalau masak sendiri takut membazir sebab makan sendiri kan, anak-anak bukan suka.

"Walaupun tidak ada bazar, orang ramai masih lagi boleh buat jualan secara dalam talian sambil buat pendapatan sampingan. Dalam tempoh empat hari puasa ini juga saya ada membeli makanan secara dalam talian sebab teringin.

"Ada masa luang ini kita boleh ambil peluang masak dan berkongsi masakan itu kepada jiran-jiran, jadi dapat menguatkan lagi hubungan kita dengan jiran. Dalam tempoh ini jugalah kita dapat menambah pahala kebaikan," katanya kepada mStar.

Walaupun tidak ada bazar, orang ramai masih lagi boleh buat jualan secara dalam talian sambil buat pendapatan sampingan.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Dalam pada itu, pengendali segmen Suria Cinta ini memberitahu dia terpaksa pergi ke pejabat untuk menjalankan tugasan hariannya walaupun dalam tempoh PKP.

Bagaimanapun, dia berasa seronok kerana masih dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah.

"Sebenarnya saya masih bekerja di pejabat kerana banyak perkara yang perlu dibuat memandangkan saya ada dua tanggungjawab, iaitu sebagai Dj dan juga pengurus kanan Suria FM.



DJ Lin tetap pergi ke pejabat untuk jalankan tanggungjawabnya.

"Sebelum PKP saya akan pergi ke pejabat awal pagi kerana selalunya ada perjumpaan dan balik tengah malam selepas kerja dah habis. Bila PKP, pagi saya boleh memasak dulu dan makan bersama anak-anak serta anak saudara di rumah sebelum saya ke pejabat.

"Kadang-kadang balik kerja saya baru masak. Pukul tiga atau empat pagi pun anak-anak belum tidur, mereka masih menonton filem, jadi saya pun masaklah untuk makan bersama mereka. Rasa seronok macam tu dapat melihat mereka di depan mata," ujarnya.

DJ Lin, Ramadan, Suria FM, Suria Cinta,

Artikel Lain