suria

Suria Malaysia perkenal pengisian khas 'Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda' sempena Ramadan

Tema Ramadan Suria 'Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda'.

WALAUPUN Ramadan disambut ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia tidak bermakna usaha dalam menyebarkan kebaikan itu terhenti.

Justeru itu, Suria Malaysia memperkenalkan pengisian khas dan menarik bertemakan Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda sempena Ramadan ini.

Pengisian ini merangkumi program ilmiah, berbentuk hiburan dan drama pendek mengenai perpaduan juga boleh didengarkan di frekuensi Suria dan plarform digital Suria.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata ia merupakan sebuah program pengisian pertama yang diperkenalkan Suria dan mampu memberikan manfaat kepada orang ramai.



Pelbagai pengisian menarik sepanjang Ramadan di Suria FM.

"Tahun ini adalah tahun pertama Suria memperkenalkan tema Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda sempena Ramadan. Tema ini memperlihatkan bagaimana usaha sebarkan kebaikan itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang ramai.

"Kami amat teruja untuk berkongsi pengisian Ramadan Raya kali ini bersama pendengar dan penonton Suria menerusi platform digital Suria. Dengan semua berada di rumah ketika PKP ini, diharapkan dengan variasi pengisian ini dapat memberi manfaat kepada pendengar dan penonton Suria sekaligus akan sama-sama membantu menyebarkan kebaikannya dengan rakan dan keluarga yang lain," katanya.

Antara pengisian Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda adalah 30 Hari 30 Kebaikan, Insta Bazar Suria dan Insta Bazar Selebriti Suria yang sudah bermula pada Jumaat lalu.

Penggemar Suria boleh menyaksikan Insta Bazar Suria bermula dari Isnin sehingga Jumaat pukul 4.30 petang di dalam segmen petang bersama Tyzo dan Rara, Insta Bazar Selebriti bermula dari Isnin sehingga Jumaat pukul 1.00 tengahari di dalam segmen Muzik Top Suria bersama Cik Piah dan Konsert Akustika Suria Ramadan bermula 28 April.

Manakala pengisian program lain seperti Kuih Raya Suria akan bermula pada 11 Mei di dalam segmen Gaya Suria bersama Cik Piah, Kuih Raya Suria edisi Team Pagi Suria bermula 18 Mei pada jam 9.30 malam dan Chit Chat Ramadan bermula 19 Mei.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria Malaysia di laman www.suria.my juga di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter SuriaMalaysia.

Artikel Lain