suria

Alvin Chong berang video Abu Syafiq ajak rakyat Malaysia hapuskan tulisan Cina - “Kamu sangat memalukan, guna agama sebagai senjata!”

Alvin berang dengan cadangan yang diutarakan oleh seorang pendakwah bebas.

PELAKON Alvin Chong berang dengan cadangan diutarakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mahu tulisan Cina dihapuskan di Malaysia.

Alvin berkata, tindakan pendakwah itu hanya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kaum dan menggugat perpaduan negara.

"Inilah punca kecetusan perpaduan rakyat Malaysia. Kamu sangat memalukan, menggunakan agama sebagai alasan dan senjata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tuju kepada dia pun, saya tak akan mohon maaf” - Ustaz Abu Syafiq beri penjelasan selepas didakwa tak puas hati kerja amal Ebit Lew

"Semoga tuhan memberikan balasan, you tak layak jadi ustaz! Budak Muslim tiga tahun lebih baik dari kamu," katanya.

Alvin menulis luahannya itu menerusi laman Twitter pada Selasa.

Rakaman video yang memperlihatkan wajah dan suara, Ustaz Abu Syafiq tular di laman Twitter.

Sebelum itu, seorang pengguna laman tersebut memuat naik rakaman pendek cadangan yang diutarakan oleh pendakwah kontroversi itu.

"Satu cadangan untuk seluruh warga Malaysia, kita sekarang akan hapuskan tulisan Cina, kita sekarang perlu hapuskan segala tulisan Cina maka perlu haram dan hapuskan serta merta.

"Tindakan ini wajar kerana kita ada bahasa kebangsaan, Cina bukan bahasa kebangsaan, menggantikan tempat warganegara Malaysia," antara ucapan yang diungkapkan oleh Syafiq dalam video tersebut.

Semoga tuhan memberikan balasan, you tak layak jadi ustaz!

ALVIN CHONG

PELAKON

Sementara itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan Ustaz Syafiq itu dan meminta penceramah berkenaan segera insaf dan bertaubat.

"Ini orang tak ada akal. Sebagai Muslim lagi elok kita fasih banyak bahasa sebab nak eratkan perpaduan dan kesefahaman, tak malu nak hapuskan tulisan Cina.

"Dia ni tak nak tambah ilmu, dia ajak orang lain sekali... kan Allah dah pesan, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

"Maaf Alvin, sejak dia perli Ustaz Ebit Lew hari itu, aku pun dah menyampah dengan dia ni... maaf ya!," tulis pengikut di laman tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sumber asal video tersebut diperolehi.

Alvin Chong, Ustaz Abu Syafiq

Artikel Lain