suria

“Tiga tahun berniaga baju Melayu... dulu tiap malam sibuk!” - Jaa Suzuran sedih Ramadan berbeza, rancang anjur perlawanan e-sport

Jaa Suzuran jalankan perniagaan baju Melayu secara dalam talian dan habiskan masa dengan live streaming.

SETELAH tiga tahun menjalankan perniagaan baju Melayu dan kurta di bazar Ramadan, pelakon dan pengacara Jaa Suzuran mengakui sedih tidak dapat membuka kedai jualan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Jaa akur dengan arahan kerajaan itu dan percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.

"Dah tiga tahun saya jual baju di bulan Ramadan, sebelum ini memang sibuk setiap malam di bazar Ramadan atau uptown tapi kali ini semuanya dah berubah hanya buat secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran kumpul duit kahwin, terima calon pilihan ibu

"Sejujurnya benda paling sedih tak dapat nak turun padang bertemu pembeli... kalau sebelum ini setiap malam saya ada di bazar dan memeriahkan gerai jualan.

"Tapi tak apalah, tahun ini tak ada bazar Ramadan... saya anggap mungkin ada hikmah semua ini dan InsyaAllah tahun depan keadaan akan lebih meriah," katanya kepada mStar.



Jaa kerah tenaga jalankan perniagaan secara dalam talian.

Meskipun begitu, Jaa memberitahu dia masih meneruskan perniagaan baju Melayu dan kurta itu secara dalam talian.

Malah, dia turut merancang mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi jualan bagi memastikan pembeli dapat merasai kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun PKP, orang masih boleh membeli secara online, team kami merancang nak buat sesuatu yang akan menggembirakan pembeli... kami tak mahu mereka rasa sedih sambut Ramadan kerana PKP!

"Sejujurnya saya sebagai peniaga pun terkesan dengan keadaan semasa, tapi kita terima semua ini dengan hati terbuka dan berharap wabak Covid-19 akan segera berakhir dan semua orang boleh berhari raya dengan keluarga," ujarnya.



Jaa dan kawan-kawan gamers lain merancang adakan perlawanan persahabatan bagi mengumpul dana kebajikan.

Bercakap mengenai aktiviti sepanjang tempoh PKP, pengacara program Sudip Pusing Dunia ini memberitahu dia banyak meluangkan masa bermain permainan video.

Justeru itu, dia bersama beberapa rakan pemain (streamer) merancang untuk menganjurkan satu perlawanan persahabatan antara mereka tidak lama lagi.

"PKP ni banyak saya main game sahajalah, kebiasaanya saya mula live streaming dari pukul 10 malam sehinggalah waktu sahur dalam pukul 4.30 pagi.

"Sekarang ini saya dengan beberapa rakan lain ada perancangan untuk anjurkan satu perlawanan atas talian untuk kumpul dana kebajikan dan akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

"Kita tengah merangka segala keperluan dan apabila semua dah pasti saya akan kongsi dengan peminat. Memandangkan sekarang MotoGP tengah naik, kita rancang nak adakan perlawanan ini... InsyaAllah pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin akan turut serta nanti," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jaa Suzuran

Artikel Lain