suria

Hafiz Hamidun tak terbeban jaga anak musim PKP dalam bulan Ramadan - “Syukur dapat habiskan masa berkualiti dengan dia”

Hafiz seronok dapat luangkan masa bersama Hamdee sepanjang tempoh PKP dan Ramadan.

PENYANYI Hafiz Hamidun meluahkan rasa syukur apabila dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Hafiz, meski pun tempoh perintah tersebut dilaksanakan dalam bulan Ramadan namun dia tidak berasa beban menjaga anak lelakinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada niat raih populariti!” - Usia meningkat, jodoh tak kunjung tiba punca Hafiz Hamidun ambil anak angkat

"Sebenarnya saya rasa tidak terlalu membebankan pun menjaga anak dalam bulan Ramadan ini sebab keperluan bayi pun apa la sangat kan.



Hafiz tidak rasa terbeban menjaga anak angkatnya buat kali pertama sepanjang Ramadan.

"Cuma kali ini, saya bersyukur dapat menghabiskan masa dengan Hamdee di musim PKP. Banyak waktu berkualiti saya dengan dia.

"Jadi, saya anggap ada hikmah PKP dalam Ramadan ini. Kita semua dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini," kata Hafiz kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kasih Padamu menimbulkan tanda tanya netizen apabila memuat naik gambar bersama seorang bayi dengan kapsyen seolah-olah sudah bergelar bapa pada 10 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar pada 11 Mac lalu, Hafiz menegaskan niatnya untuk bergelar bapa tiada terkait dengan dakwaan mahu menjual populariti anak angkatnya itu di laman sosial.

Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.



Hafiz akui aktiviti seni terjejas berikutan PKP.

Dalam pada itu, Hafiz mengakui tempoh PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu memberi kesan kepada jadual aktiviti seni namun dia mengambil perkara itu secara positif.

"Sudah tentu aktiviti seni terjejas sebab sepatutnya awal tahun banyak program dah dirancang terutama jemputan persembahan tapi sebab ada PKP, semua dibatal.

"Sekiranya PKP tamat pun selepas ini, mungkin tiada lagi persembahan secara umum. Tapi bagi saya, kita kena biasakan diri dengan perubahan itu.

"Mungkin selepas ini kita fikir cara lain seperti persembahan secara talian. Tapi saya rasa bab persembahan saja tapi kerja studio tidak terkesan sangat," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafiz Hamidun, anak angkat, Ramadan,

Artikel Lain