suria

Sharifah Amani teruja Kajol balas Twitter, tapi peminat keliru watak ‘Anjali’ yang mana sama dengan karekter sebenar

Amani seronok dapat maklum balas daripada Kajol.

PELAKON Sharifah Amani berkongsi berita gembira apabila aktres Bollywood terkenal iaitu Kajol menyedari dan membalas pertanyaannya di laman Twitter.

Menerusi perkongsian Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 34, Kajol menjawab soalannya mengenai karekter yang paling digemari aktres itu sepanjang bergelar pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajay Devgan nafi Kajol dan anak perempuan mereka positif Covid-19

"Apakah karekter yang anda paling suka lakonkan sepanjang dalam karier anda? #AskKajol," tanya Amani.



Pertanyaan Amani yang dibalas Kajol menarik perhatian netizen.

Siapa sangka, pertanyaan itu mendapat maklum balas dari isteri kepada pelakon Ajay Devgan itu yang mengatakan watak sebagai Anjali menjadi kegemarannya kerana dia seakan-akan melakonkan diri sendiri.

"Watak yang paling saya suka adalah Anjali. Ia sama seperti karekter saya," jawab Kajol.

Rata-rata netizen di laman sosial itu turut berasa teruja dengan komen balas Kajol namun mereka keliru jawapan watak Anjali yang dimaksudkan itu sama ada dalam filem Kuch Kuch Hota Hai atau Khabi Kushi Khabi Gham.



Peminat keliru Kajol maksudkan watak Anjali dalam filem Kuch Kuch Hota Hai atau Khabi Kushi Khabi Gham.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berpendapat berkemungkinan besar Anjali yang dimaksudkan Kajol itu merupakan karekternya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

"Tahniah kakak! Saya nampak juga! Dia nampak awak!

"Omg this is cute dan anda sangat bertuah kak Nani.

"Tak mungkin! Saya suka dia dan sangat gembira untuk awak juga," komen beberapa netizen di Twitter milik Amani.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 9,000 tanda suka (like) dan hampir 5,000 retweet (ulang kicau).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharifah Amani, Kajol,

Artikel Lain