suria

Dah nampak 'baby bump', netizen puji Bella Astillah semakin berseri-seri

Bella dijangka bersalin pada Julai.

SELEPAS mendedahkan kembali rujuk dengan Aliff Aziz dan kini sedang hamil, pelakon Bella Astillah buat kali pertama memuat naik foto memperlihatkan bentuk kandungannya (baby bump) di laman Instagramnya pada Isnin.

Foto tersebut mendapat perhatian netizen yang terima dan memuji Bella yang kelihatan semakin berseri dengan menggayakan baju raya berwarna hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah mengaku rujuk ketika dalam edah, kini sedang hamil

"Cantiknya mommy to be... take care Bella,"

"Baby bump... semakin berseri-seri,"

Bella dan Aliff Aziz kembali sebagai suami isteri.

"Bella pakai kain macam tu atas perut ke bawah perut? Cantik baju tu." ujar beberapa netizen di ruangan komen foto berkenaan.

Pada 27 April lalu, Bella menerusi siaran langsung di Instagram, Bella memberi bayangan dia bakal menimang anak keduanya itu pada Julai depan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tenang itu mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah kira-kira Julai tahun lalu.

Bella dan Aliff bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali berlaku curang dengan seorang wanita bergelar selebriti.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohd Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bella Astillah, Aliff Aziz

Artikel Lain