suria

Haji Zeel kecil hati rakan penerbit, artis hentam karya Sheila Rusly - “Sepatutnya karyawan Melayu menyokong bukan menjatuhkan”

Haji Zeel kecil hati rakan penerbit dan artis hentam karya terbaru Sheila Rusly

KRITIKAN demi kritikan yang dilemparkan kepada drama Bukan Gadis Biasa terbitan JS Pictures turut memberi kesan kepada rakan penerbit Fadzil Teh.

Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel berasa sedih apabila kritikan tersebut daripada rakan penerbit serta artis tempatan sendiri.

Tambahnya, golongan dalam industri sepatutnya memberi sokongan terhadap sesuatu karya dan bukan kritikan yang bersifat menjatuhkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang cantik keluar TV, kurang elok jadi penonton di rumah saja” - Haji Zeel akui rupa paras jadi 'umpan' untuk tarik penonton

"Biarpun berbagai komen dan reaksi netizen terhadap watak Opah Aminah, saya rasa JS Pictures telah berjaya membawa watak itu dengan sempurnanya.

"Marahnya, lucunya berjiwa membuai emosi penonton. Kita sepatutnya menyokong kerja kerasnya bukan menghentam," ujarnya.

Antara babak lakonan Sheila Rusly dalam Bukan Gadis Biasa.

Fadzil berkata demikian menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Isnin.

Katanya, kritikan keterlaluan yang diterima oleh Sheila itu sedikit sebanyak turut membuat dirinya terasa hati.

"Saya tak kisah jika netizen di luar sana yg menghentam tapi saya kecil hati melihat sebahagian rakan penerbit dan artis yang terang-terang menghentam kerja seni beliau, sepatutnya kita karyawan Melayu sama-sama menyokong bukan menjatuhkan.

Sepatutnya kita karyawan Melayu sama-sama menyokong bukan menjatuhkan

FADZIL TEH

PENERBIT

"Apapun, Bukan Gadis Biasa makin menarik plot ceritanya," jelasnya di Instagram.

Sebelum ini, drama ini menjadi bualan ramai selepas teknik suntingannya yang lemah dikritik netizen Twitter.

Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Sheila Rusly, Ayda Jebat dan Remy Ishak disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu di slot Akasia, TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain