suria

Isteri Alif Satar akui bukan mudah jaga tiga cahaya mata - “Ada hari yang saya hanya menangis”

Sha Dila akui bukan mudah untuk menjaga tiga orang anaknya.

MEMBESARKAN tiga cahaya mata merupakan cabaran yang bukan mudah bagi isteri penyanyi Alif Satar iaitu Sha Dila Halid.

Sha Dila berkata dia pernah menangis disebabkan fizikal dan mentalnya terlalu letih.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar sudah buat wasiat, risau nasib isteri dan anak-anak jika dia mati dulu - “Kita tak tahu berapa lama akan hidup”

"Tiga orang ini. Saya harap mereka tahu sejauh mana cinta saya kepada mereka. Jadi seorang ibu adalah perkara yang paling terbaik pernah terjadi.



Sha Dila memuat naik luahannya itu di Instagram.

"Tapi saya tak boleh nafikan saya perlu berdepan dengan banyak cabaran. Tak senang nak jaga anak-anak ni. Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi saya akui ia bukan mudah untuk saya.

"Ada hari yang saya hanya menangis sebab sangat penat dari segi fizikal dan mental. Jadi seorang yang mahukan kesempurnaan dan menjaga kebersihan bukanlah mudah dengan tiga orang anak," katanya.

Sha Dila berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya sempena sambutan hari ibu yang disambut seluruh dunia pada Ahad.

Kita sentiasa berdepan dengan cabaran setiap hari namun kita hadapinya dengan kekuatan.

SHA DILA

ISTERI ALIF SATAR

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, serta Muhammad Ali yang lahir pada 19 September tahun lalu.

Dalam pada itu, Sha Dila turut mendedahkan biarpun dia pernah terfikir ingin melelapkan mata dan melupakan tangisannya namun enggan menukarkan momen tersebut dengan perkara lain.

Malah, Sha Dila juga memuji para ibu bapa yang berjaya mengharungi semua cabaran terutama dalam tempoh sukar penularan wabak Covid-19.



Sha Dila bersama suami dan anak-anaknya.

"Beberapa kali saya hanya mahu tidur dan abaikan saja semua tangisan itu tapi saya tidak akan pernah menukar semua ini untuk perkara lain. Tidak mahu!

"Saya bangga dengan semua ibu bapa di luar sana terutama dalam tempoh yang sukar ini, bukan selalunya waktu seronok dan bermain.

"Kita sentiasa berdepan dengan cabaran setiap hari namun kita hadapinya dengan kekuatan. Ibu bapa adalah hero sebenar buat anak-anak mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sha Dila, Alif Satar,

Artikel Lain