suria

Setiap hari berendam air mata, Nad Zainal akui sukar bawa watak Mawardah dalam drama Di Hujung Ranting

Nad Zainal akui sukar bawa watak Mawardah.

TIGA bulan menjalani penggambaran drama Di Hujung Ranting, pelakon Nad Zainal mengakui dia berdepan cabaran dalam membawakan watak Mawardah.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, berkata, karya adaptasi dua buah novel ini memerlukan dia membawa babak air mata hampir setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terbayang Sufian ketika tulis lirik” - Ada sebab A Aida pilih Sufian Suhaimi nyanyi lagu tema Di Hujung Ranting

"Ini juga watak paling susah nak buat kerana watak ini mempunyai karakter yang sangat baik dan setiap hari akan ada babak air mata.

"Sejujurnya ia satu cabaran yang agak memenatkan," katanya kepada mStar.

Nad Zainal bergandingan dengan Shukri Yahaya dalam Di Hujung Ranting.

Tambah Nad, dia seronok dapat bekerjasama dengan semua yang terlibat dalam drama terbitan A Aida Production itu.

Katanya, biarpun sebuah naskhah yang agak berat namun kesemua pelakon dan kru produksi saling membantu dalam menghidupkan watak dan jalan cerita.

"Bekerja dengan barisan pelakon dan kru produksi untuk drama ini sangat menyeronokkan walaupun naskhahnya berat dan sedih tapi kami semua gembira seperti satu keluarga," ujarnya.

Penggambaran Di Hujung Ranting mengambil masa selama tiga bulan.

Drama 30 episod itu dilakonkan oleh Shukri Yahya, Dayang Areeda dan Amar Asyraf ditayangkan sepanjang Ramadan pada pukul 5.30 petang di TV2.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia bakal memasuki set penggambaran bagi drama baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nad Zainal, Di Hujung Ranting

Artikel Lain