TIDAK mahu terlepas kutip pahala pada 10 malam terakhir Ramadan, pelakon Riena Diana berkongsi tentang beberapa perkara yang memberi kesedaran kepada pengikutnya. Bagi topik pertama, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, membincangkan tentang fitnah yang hanya memberi kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak. ARTIKEL BERKAITAN: “Ikutkan memang tak sabar nak beli...” - Riena Diana tangguh hasrat beli kereta pertama kerana PKP Lebih malang jika individu yang difitnah itu berada dalam keadaan tertekan sehingga kemurungan. Perkongsian Riena di Instagramnya. "10 malam terakhir ini Riena rasa nak sebarkan kesedaran satu hari satu topik. Hari ini saya ambil keputusan nak cakap fasal fitnah. Jangan buat andaian dan kemudian benda itu boleh jadi fitnah. "Saya percaya benda-benda ini wujud di merata tempat tapi percaya la kita tak tahu bila kita buat andaian atau fitnah seseorang atau bercakap tentang seseorang, kita tak tahu apa kesan dia dekat orang lain. "Tak rasa berdosa ke atau tak rasa bersalah ke buat fitnah, kutuk orang lepas itu kejap lagi orang itu tertekan ke kemurungan ke dan kita tak tahu kemampuan seseorang itu macam mana. Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa RIENA DIANA PELAKON "Sama ada orang itu boleh kawal tekanan ke tidak. Lain orang lain cara mereka kawal tekanan. Kita tak akan pernah tahu," kata Riena. Pelakon yang mula dikenali menerusi drama popular Kampung People itu berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagramnya. Rata-rata pengikut di laman sosial bersetuju dengan pandangan aktres tersebut dan ada juga segelintir mereka yang berkongsi pengalaman sendiri apabila difitnah orang. Dalam pada itu, Riena memberitahu masih belum terlambat untuk seseorang itu memperbaiki diri dan sentiasa menjaga hal sendiri tanpa mengambil tahu urusan orang lain. Riena memberi nasihat kepada pengikutnya di Instagram. "Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa. Sibuk dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa. "Belum terlambat pun untuk sedar dan perbaiki diri kita sendiri sebab lebih baik ada kesedaran dalam diri daripada kita rasa kita sentiasa baik. "Jangan sampai hati dah menjadi hitam. Jadi, berhentilah dan jagalah hal sendiri," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!