suria

Hafiz Hamidun keluar duit simpanan RM200,000 rakam album Marhaba

Selepas lima tahun, Hafiz Hamidun bakal keluar album Marhaba.

SELEPAS lima tahun, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bakal muncul dengan album baharu berjudul Marhaba yang melibatkan kolaborasi penyanyi serta pemuzik tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun, menurut Hafiz, album yang sepatutnya dilancarkan pada bulan Ramadan terpaksa ditangguh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun sudah jadi ayah - “Semoga amanah dari Allah ini dapat saya jaga dengan penuh kasih sayang”

"Perancangannya ialah untuk melancarkan album ini beserta kesemua 13 video muzik. Ia merupakan perancangan yang besar kerana album terakhir saya dilancarkan pada tahun 2015, sudah lima tahun berlalu.

"Saya juga sepatutnya ada penggambaran video muzik di beberapa negara seperti Turki dan Uzbekistan, tapi turut ditangguhkan. InsyaAllah projek ini akan bersambung selepas keadaan kembali pulih," katanya kepada mStar.

Hafiz percaya ada hikmah disebalik penangguhan pelancaran album Marhaba.

Dalam pada itu, Hafiz turut mendedahkan proses pembikinan yang dilakukan di beberapa negara memakan kos kira-kira RM200,000.

Namun, tambahnya, perbelanjaan itu adalah daripada wang simpanannya sendiri.

"Album ini merupakan album selawat, jadi saya banyak menggunakan pemuzik tempatan dan juga antarabangsa. Sejak 2017, saya sudah mula ke negara-negara luar seperti Mesir, Turki dan Indonesia untuk merekodkan album ini.

Ini merupakan sebuah album yang sudah lama saya tunggu-tunggu.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

"Ini merupakan sebuah album yang sudah lama saya tunggu-tunggu. Saya memang betul-betul nantikan kerana ia istimewa untuk saya.

"Kos yang dikeluarkan untuk album ini bernilai kira-kira RM200,000 dan saya menggunakan wang simpanan saya sendiri. Tapi saya tidak menganggap itu satu bebanan kerana saya inginkan kualiti yang terbaik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafiz Hamidun, Marhaba

Artikel Lain