suria

Empat tahun sabar menanti... Shah Iskandar akhirnya bakal bergelar bapa - “Tahun depan dah kena sambut cara mak-mak dah”

Shah memberi gambaran bakal menimang cahaya mata menerusi laman Instagram.

SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Shah Iskandar dan isterinya, Siti Sarah Mohd Noor bakal menimang cahaya mata pertama.

Shah, 37, berkongsi khabar gembira itu pada ucapan ulang tahun kepada isterinya dan memberi gambaran mereka akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berkahwin Shah Iskandar sabar menanti rezeki zuriat - “Mungkin silap saya, kerana lafaz itu... hingga kini kami belum ada anak”

"Selamat hari ulang tahun, isteriku, nikmatilah tahun terakhir menyambut hari jadi sebagai 'orang bujang', sebab tahun depan dah kena sambut cara mak-mak dah.

"I love you forever and a day!," tulisnya.



Shah Iskandar bakal menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikutnya yang turut gembira dengan berita itu.

"Tahniah... Alhamdulillah" ujar Zarina Zainoordin.

Dalam pada itu, Shah turut menjelaskan sambutan hari lahir itu disambut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Terima kasih semua kerana membantu. Jangan risau, kami sambut pun ikut SOP ya.

"Pertama kali sambut ulang tahun kelahiran tapi meja berjauhan," ujarnya.

Shah berkahwin dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016.

Pada Januari lalu, menerusi satu temuramah bersama mStar, Shah berkata, dia tidak tertekan memikirkan tentang anak dan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuriat.

"Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini belum dikurniakan anak" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shah Iskandar

Artikel Lain