suria

Enam tahun berlalu, Elly Mazlein masih tak mampu tatap gambar arwah ibu - “Nak renung ingat kenangan kita bersama belum boleh lagi mama”

ELLY tidak dapat menahan sebak melihat foto kenangan bersama arwah ibunya.

TATKALA ada yang tidak dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon Elly Mazlein pula hanya dapat menziarahi pusara arwah ibunya, Sabariah Ahmad.

Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 40, mengambil peluang akhir Ramadan dengan membersihkan pusara ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein - “Lampu tak berfungsi, mujur sempat turn on”

"Selamat hari raya mama. Kita doa untuk mama dan tanam bunga tanda ingatan hadiah untuk mama.

"Azlan yang tanam, mama. Walaupun tanpa bunga, kita tetap Ingat mama hari-hari. Ya hari-hari," katanya.



Allahyarham ibu Elly Mazlein, Sabariah Ahmad, meninggal dunia pada 11 Mei 2014.

Elly berkata, biarpun sudah enam tahun pemergian ibunya, dia masih tidak mampu menatap lama foto Allahyarham.

Pelakon drama Kampung People ini berkata, dia mengimbau kenangan bersama arwah setiap kali melihat foto-foto tersebut.

"Cuma gambar mama je kita belum betul-betul boleh tengok lagi sampai sekarang. Tengok sikit-sikit je.

"Nak renung ingat kenangan kita bersama belum boleh lagi mama. Kita sedih, kita rindu, sungguh rindu.

"Selamat hari raya mama. Al-Fatihah," tulisnya.

Allahyarham Sabariah Ahmad meninggal dunia pada 11 Mei 2014 ketika Elly sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Elly Mazlein

Artikel Lain