SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tahun lalu membawa kesedihan buat Fasha Sandha sekeluarga apabila aktres itu mengesahkan dia mengalami keguguran anak pertama dengan pelakon Aidil Aziz. Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, meluahkan rasa syukur atas berkat doa dia dapat menyambut Syawal tahun ini dengan penuh bermakna kerana bakal menimang cahaya mata. ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan ibu kerana tak dengar nasihat doktor” - Fasha Sandha keguguran ketika kandungan berusia enam minggu "Perasaan nak sambut Hari Raya Aidilfitri kali ini memang berbeza tapi lebih kepada gembira dan bersyukur. Syawal tahun lalu kami sekeluarga berduka disebabkan saya alami keguguran. Syawal tahun ini sangat bermakna buat Fasha sekeluarga. "Alhamdulillah, Syawal kali ini lebih bermakna walaupun sedang sarat hamil. Alhamdulillah, tak putus bersyukur diatas kurniaan pada saya dan keluarga. Saya percaya semua ini adalah berkat doa juga," kata Fasha kepada mStar. Menerusi laporan mStar pada 10 Jun tahun lalu, Fasha mendedahkan dia mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir enam minggu dan berharap semua peminat mendoakan agar dia dan suami kuat melalui dugaan tersebut. Pada Januari lalu, Fasha mengumumkan berita gembira bahawa dirinya sedang berbadan dua dan kini usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan. Anak-anak memang sedih tak dapat balik Rembau dan Perlis, tapi dalam waktu yang sama saya terangkan kenapa tak boleh pulang ke kampung. FASHA SANDHA PELAKON Fasha dan pelakon Aidil Aziz berkahwin pada 30 Mac lalu. Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6. Dalam pada itu, Fasha memberitahu sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak berbeza dan anak-anak turut berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampungnya di Perlis dan suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan seperti tahun lalu. Anak-anak Fasha sedih tak dapat beraya di kampung. Biarpun Syawal kali ini disambut dengan berbeza namun Fasha tetap mengikut saranan kerajaan dengan tidak membenarkan rakan datang ke rumah namun hanya terbuka untuk keluarga terdekat sahaja. "Anak-anak memang sedih tak dapat balik Rembau dan Perlis, tapi dalam waktu yang sama saya terangkan kenapa tak boleh pulang ke kampung dan Alhamdulillah mereka memahami. "Tak apa, walau dimana pun berada, kita tetap kena raya walaupun keadaan berbeza. Macam saya dan keluarga memang mengikut saranan kerajaan. "Rumah kami tidak akan dibuka untuk sahabat, tetapi hanya untuk keluarga terdekat saja untuk menziarahi. Bagi saya, Ini lebih baik untuk keselematan semua," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!