suria

Zara Zya belum bersedia nyanyi depan umum, pernah tolak pencalonan awal Muzik-Muzik - “Takut pengsan atau jadi drama lain pula”

Zara tidak bersedia jadi penyanyi hanya ingin fokus pada bidang lakonan.

MESKIPUN pernah mempunyai single pertama berjudul Tiada Dendam, pelakon Zara Zya mengakui dia masih belum mempunyai keyakinan penuh untuk bernyanyi secara di khalayak umum.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 35, dia pernah menerima tawaran program Muzik-Muzik untuk percalonan awal lagu tersebut namun terpaksa menolaknya kerana belum bersedia.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya harap peminat hanya sokong kerjaya, tidak atur kehidupan peribadi - “Selebriti juga manusia biasa, sedikit-sebanyak tertekan”

Keputusan untuk menolak tawaran itu disebabkan dia berasa bimbang tidak dapat melakukan yang terbaik sekiranya lagu tersebut berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).



Lagu Tiada Dendam nyanyian Zara pernah ditawarkan untuk percalonan awal Muzik-Muzik.

"Buat masa sekarang, saya nak fokus lakonan saja dan lagu untuk saya seorang itu tak ada lagi. Sebenarnya bab menyanyi ini saya masih belum ada keyakinan sepenuhnya.

"Kalau ada yang ajak berduet tu, mungkin saya okay. Lagipun, saya takut nak menyanyi atas pentas. Sebelum ini, Muzik-Muzik ada panggil saya untuk percalonan awal.

"Saya terpaksa tolak sebab bimbang sekiranya lagu itu layak ke pentas AJL, saya tak bersedia lagi untuk nyanyi atas pentas yang besar. Takut nanti pengsan atau jadi drama lain pula," katanya kepada mStar.

Lagu Tiada Dendam merupakan single pertama pelakon drama Korban Kasih itu yang dilancarkan pada tahun 2018 dan kini mencecah lebih 7 juta tontonan di YouTube.

Saya bimbang sekiranya lagu itu layak ke pentas AJL, saya tak bersedia lagi untuk nyanyi atas pentas yang besar.

ZARA ZYA

PELAKON

Dalam pada itu, bercerita mengenai peminat Zara dia tidak pernah berkongsi nombor telefon kepada peminat dan hanya membalas mesej di Instagram jika kelapangan.

"Sejujurnya saya memang tidak akan beri nombor telefon kepada peminat. Mungkin ada segelintir selebriti ada WhatsApp group dengan peminat tapi saya tidak dan kalau boleh jangan minta nombor telefon saya.

"Kalau nak berborak dengan saya, boleh mesej di Instagram. Kalau ada masa saya akan layan dan mesej itu kalau ia tidak menganggu saya. Sebab pernah dapat DM daripada Hi ke Hoi, daripada Zara comel terus jadi huduh.

"Jadi, saya minta maaf sangat saya tak ada masa untuk itu, Sebenarnya saya jarang tengok telefon kecuali kalau ada hal penting. Keluarga pun tahu saya begitu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zara Zya, Muzik-Muzik

Artikel Lain