suria

13 bulan pegang jawatan, Hans Isaac beri pesanan istimewa kepada pengerusi baharu Finas - “Harapnya tidak ulangi kesilapan lama”

Hans Isaac pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Finas selama 13 bulan.

SUSULAN pengumuman pelantikan pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu Zakaria Abd Hamid, Datuk Hans Isaac berkongsi ucapan tahniah menerusi Instagram.

Hans yang memegang jawatan tersebut selama 13 bulan berharap Zakaria dapat menjadi seorang pengerusi yang berintegriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac ‘tekan’ Ahmad Idham? Persatuan seni bongkar sikap Pengerusi Finas

"Tahniah Zakaria, pengerusi baharu Finas yang mengambil tempat saya selepas 13 bulan.

"Harap CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) adalah pilihan baru yang berintegriti. Harapnya Finas tidak mengulangi kesilapan lama," tulisnya ringkas.

Zakaria dilantik sebagai pengerusi baharu Finas berkuat kuasa 23 Mei 2020.

Terdahulu, Zakaria dilantik sebagai pengerusi Finas menggantikan Hans Isaac berkuatkuasa 23 Mei 2020.

Zakaria memiliki Ijazah Sarjana Perancangan Bandar daripada California State University, Amerika Syarikat (AS), menggantikan Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi berbangkit mengenai campur tangan Hans dalam bidang tugas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham.

Di samping itu, Hans turut didakwa banyak mempengaruhi bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam membuat keputusan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Finas, Hans Isaac, Zakaria Abd Hamid

Artikel Lain