suria

Leez Rosli perlu jaga makan untuk elak 'anxiety attack' - Aepul Roza

Aepul bersyukur keadaan isterinya semakin baik selepas serangan panik April lalu.

PENYANYI Aepul Roza meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan isterinya iaitu Leez Rosli yang berhadapan dengan serangan panik pada April lalu sudah semakin baik.

Menurut Aepul, isterinya perlu menjaga pemakanan untuk mengelakkan diserang 'anxiety attack' atau gangguan kebimbangan atau keresahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza cemas isteri tiba-tiba sesak nafas, rupa-rupanya diserang ‘anxiety attack’- “Syukur bukan sebab dijangkiti Covid-19”

Aepul berkata, makan tidak mengikut waktu sehingga mengalami masalah gastrik juga antara faktor isterinya mengalami sesak nafas.



Aepul perlu lebih menjaga kesihatan isterinya.

"Alhamdulilah, keadaan Leez sekarang dah semakin baik. Dia pun dah tahu apa makanan dan minuman yang perlu dielakkan. Leez perlu menjaga waktu pemakanan dia.

"Sebab salah satu faktor dia kena serangan panik itu disebabkan pemakanan tidak betul. Akibat tidak makan mengikut waktu, Leez mengalami gastrik sehingga boleh kena panic attack.

"Memang antara faktor lain disebabkan stres tapi fizikal juga main peranan. Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, makan ikut suka, jadi badan yang menerima kesan.

"Itulah yang terjadi kepada Leez dan dia kena terima hakikat perlu menjaga makan, minum dan tidur. Saya pun kena extra care dengan dia," kata Aepul kepada mStar.

Walaupun suasana berbeza tetapi saya anggap bulan puasa dan raya yang istimewa.

AEPUL ROZA

VOKALIS DRAMA BAND

Menerusi laporan mStar pada 9 April lalu, Aepul berkongsi detik cemas apabila isterinya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

Selepas menjalani rawatan di sebuah hospital, Leez yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu disahkan mengalami serangan panik.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Drama Band ini mengakui situasi PKP akibat penularan wabak Covid-19 memberi kesan terhadap kehidupannya.

Biarpun sambutan Ramadan yang bermula pada 23 April hingga 23 Mei lalu dan Hari Raya Aidilfitri berbeza namun Aepul menganggap ia sesuatu yang istimewa.



Siri jelajah Drama Band terpaksa ditangguh berikutan PKP.

"Pergerakan kita semua terbatas. Cara hidup pun berbeza. Walaupun suasana berbeza tetapi saya anggap bulan puasa dan raya yang istimewa.

"Sebelum PKP, saya sudah biasa bekerja waktu malam di studio suasana meriah. Tapi sekaranng dah tak meriah dan tiada lagi bunyi bunga api.

"Kalau ikutkan jadual Drama Band pun memang terjejas sebab semua persembahan umum dibatalkan. Boleh dikatakan setahun lebih kami tidak akan ada persembahan di luar.

"Sepatutnya kami ada siri jelajah tapi terpaksa juga tunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak mengikut keadaan negara macam mana," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain