suria

Sufian Suhaimi terkenang arwah datuk, nenek - “Seronok beraya zaman kanak-kanak, tak perlu fikir banyak benda termasuklah soalan kahwin!”

Sufian sambut hari raya dalam suasana sederhana dan masih terkenang arwah datuk dan nenek.

AIDILFITRI kali ini diraikan dalam suasana cukup berbeza buat penyanyi Sufian Suhaimi selepas ketiadaan nenek tersayang selain perlu akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Meskipun neneknya meninggal dunia pada tahun lalu, namun dia masih berasa sedih kerana tidak dapat lagi berkongsi kegembiraan seperti sebelum ini.

"Sejujurnya, sepanjang hidup pengalaman paling best apabila tiba hari raya ialah semasa ada datuk dan nenek... tahun lepas saya kehilangan nenek bermakna sudah tiada lagi insan bergelar datuk dan nenek.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan 6 suara! Sufian Suhaimi teruja nyanyi lagu raya ciptaan komposer 'legend' - “Rasa seronok dia lain macam”

"Perasaan memang sedih kerana suasana raya berbeza dan sekarang tak dapat nak kongsi kegembiraan bersama mereka... jadi apa yang boleh saya kata Aidilfitri tahun ini sangat berbeza kerana bukan sahaja tak boleh beraya dengan sanak saudara, malah dah tiada nenek juga!



Sufian seronok meraikan Aidilfitri ketika datuk dan nenek masih ada.

"Banyak sangat kenangan, tak boleh lupa ketika beraya bersama datuk dan nenek. Lebih-lebih lagi semasa saya masih kanak-kanak... tak perlu nak fikir banyak benda termasuklah tak perlu nak jawab soalan bila nak kahwin," katanya kepada mStar.

Mengimbau kembali kenangan raya semasa zaman kanak-kanak, penyanyi lagu Janji ini memberitahu dia tidak boleh lupa kejadian dirotan ibu pada hari raya pertama.

Menurut Sufian, kejadian itu masih diingati sehingga hari ini dan tidak mungkin dapat dilupakan.



Sufian akui suasana raya semasa zaman kanak-kanak dan dewasa sangat berbeza.

"Paling saya ingat apabila kena rotan dengan ibu pada raya pertama kerana mandi parit dengan sepupu.

"Kejadian itu kira-kira 10 tahun lalu, mandi parit ni bukan benda pelik tapi disebabkan saya pakai baju raya dan ibu dapat tahu memang dia datang melulu dan rotanlah.

"Teringat lagi ibu sebat saya menggunakan ranting kayu daripada parit sampai ke tandas rumah... sampai sekarang saya tak boleh lupa kejadian itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sufian Suhaimi, raya

Artikel Lain