suria

“Yakin tak akan dapat jangkitan ke? Jangan syok sangat pergi rumah orang!” - Yatt Hamzah tegur masyarakat degil sibuk beraya

Yatt mohon maaf terpaksa menolak jemputan untuk berhari raya.

NAMPAKNYA kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk hanya melakukan aktiviti ziarah pada hari raya pertama masih gagal dipatuhi oleh sebilangan rakyat.

Susulan itu, pelakon Yatt Hamzah menegur segelintir masyarakat yang masih berdegil tanpa memikirkan kesan terhadap kesihatan jika sambutan Aidilfitri diteruskan tanpa kawalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syawal sebulan tapi ziarah raya hanya hari pertama... seterusnya menyalahi SOP - Ismail Sabri

Ujar Yatt, peranan dan sumbangan petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia sekiranya orang ramai tidak memberikan kerjasama.

Yatt berkongsi kebimbangannya di Instagram.

"Kalau betul #KitaJagaKita cukup-cukuplah beraya rumah ke rumah tu. Dah lima Syawal ni. Kasihanlah kat frontliners tu. Usah sia-siakan usaha mereka siang malam berjuang menjaga kita.

"Kalau kita pun tak jaga diri kita sendiri. Inikan pula nak jaga orang lain. Ada juga yang masih degil ni ya. Macam mana nak buat dengan mereka ini.

"Yakin tak akan dapat jangkitan ke ni? Tak payah nak syok sangat raya rumah orang. Barisan hadapan kita tak raya, kita duk kalut pula," kata Yatt.

Kepada yang jemput Bonda dan keluarga ke rumah tu, maaf sangat, rumah penuh dengan warga berisiko mendapat jangkitan.

YATT HAMZAH

PELAKON

Yatt berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram pada Khamis dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya itu.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, walaupun raya sebulan, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan hanya membenarkan sambutan itu diraikan pada 1 Syawal saja.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambutan pada hari raya kedua mahupun seterusnya tidak dibenarkan dan menyalahi SOP dikeluarkan kerajaan.

Yatt mempunyai anak-anak yang berisiko dijangkiti wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Yatt turut memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan ke rumah kenalan memandangkan mempunyai ahli keluarga yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

"Kepada yang jemput Bonda dan keluarga ke rumah tu, maaf sangat, rumah penuh dengan warga berisiko mendapat jangkitan. Harap kita patuh SOP. Kita sedang berjuang memutuskan rantaian jangkitan.

"Jadi, bersabarlah. Ini yang terbaik jika nak keadaan semakin baik. InsyaAllah kita pasti menang jika kita bersatu usaha. Aamiin. Jadi, masih nak pergi beraya ke hari ini?" ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain