suria

Ika Nabella uji keberanian suami terjun laut, kongsi minat 'travel' kukuh ikatan perkahwinan - “Kami tiada supercar, rumah banglo tapi...”

Ika Nabella kenang waktu mula-mula kenal dengan suaminya.

PUNYA minat yang sama iaitu gemar melancong antara faktor yang menguatkan lagi hubungan rumah tangga pelakon Ika Nabella dan suaminya Muhamad Zaid.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, biarpun tidak dilimpahi dengan kemewahan dan hidup bersederhana, namun dia gembira suami tidak lupa membawanya menjelajah ke luar negara setiap tahun jika tiada halangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun menanti... akhirnya Ika Nabella bergelar ibu, selamat lahir bayi lelaki

"Sejak bercinta hati ke hati dengan Zaid setiap kali birthday, dia bawa tengok bumi Allah. Hidup kami biasa-biasa saja serba sederhana.

"Tiada supercar, tiada rumah banglo, barang tak branded. Minat kami sama.Travel!" tulisnya.



Ika berkongsi foto bersama suami dan anaknya pada hari raya pertama pada 24 Mei lalu.

Ika mengakui minat yang sama membuatkan perkahwinan yang dibina selama empat tahun itu menjadi lebih bahagia.

"Minat kami sama melancong. Ya, sejujurnya minat ini yang buat saya rasa boleh gang dengan suami," ujarnya.

Saya ajak dia pergi pulau motif utama nak tengok dia suka laut atau tak.

IKA NABELLA

PELAKON

Menerusi perkongsian tersebut, Ika turut berkongsi pengalaman bagaimana dia menguji tahap keberanian suaminya ketika awal percintaan mereka.

"Ada rahsia, waktu awal-awal dia mengurat saya dulu tak sampai sebulan saya ajak dia pergi pulau motif utama nak tengok dia suka laut atau tak.

"Boleh ke tidak berenang tengah laut tanpa jaket keselamatan, cukup jantan ke tak. Atau dia hanya seorang budak bandar, seorang lelaki manja yang so London, Paris, New York.

"Rupanya! Tebing di Dubrovnik tu dia boleh terjun! So jantan la my man," tulisnya.

Ika dan Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Noah Zayn yang berusia lapan bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ika Nabella

Artikel Lain