PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan mengambil langkah 'kunci mulut' susulan dakwaan bekas isterinya iaitu Hana Azraa berhubung dia sudah rujuk kembali dengan isteri pertama Ain Afini. Menurut Abu, dia enggan menggunakan laman sosial sebagai platform bercerita tentang kehidupan peribadinya. ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu buat ‘u-turn’, sudah rujuk dengan isteri pertama - “Mereka tak mengaku biar saya beritahu, isteri dia Ain Afini bukan Hana Azraa” “Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut. “Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri, ” kata PU Abu ketika dihubungi mStar. Abu enggan mengulas dakwaan Hana mengenai status rumah tangganya dengan Ain. PU Abu diminta untuk mengulas mengenai kenyataan dan pendedahan bekas isterinya Hana Azraa yang mendakwa dia sudah rujuk semula dengan isteri pertama iaitu Ain Afini selepas dua minggu berkahwin dengan Hana. Menerusi laporan mStar pada Ahad, Hana mendedahkan Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Pendedahan Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar. Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak namun tujuan pendedahan dibuat disebabkan enggan membiarkan anaknya, Muhammad Uwais Al-Mateen menjadi mangsa kecaman netizen. Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini. PU ABU SUFYAN PENCETUS UMMAH Kata usahawan kosmetik berasal dari Kedah ini, dia berharap pendakwah bebas dan Ain tidak perlu lagi merahsiakan mengenai hubungan mereka yang telah kembali sebagai suami isteri. “Saya terpaksa mendedahkan perkara itu di laman sosial sebab dah terlalu mendiamkan diri. Bila saya diam, orang salahkan dan kutuk saya malah ada juga netizen yang kaitkan anak saya sekali dalam hal ini. “Tujuan saya muat naik status tersebut bukan untuk membuka aib mana-mana pihak tetapi hanya ingin memberi penjelasan dan membersihkan nama saya supaya mereka berhenti berkata buruk mengenai anak saya juga. “Apa yang saya harapkan agar Abu dan Ain mengaku sahaja yang mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Tak payah berdolak dalih sehingga menyebabkan orang tidak henti menyalahkan saya dan anak saya, ” ujarnya. Hana mempunyai anak bersama PU Abu iaitu Mateen dan seorang anak perempuan, Aishah hasil daripada perkahwinan pertamanya. Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah diceraikan Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi. Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April tahun lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!