suria

Lantang ‘bersuara’, Mila Jirin dilabel pentingkan diri - “Saya mewakili industri perkahwinan bukan atas peribadi”

Mila kecewa apabila ada segelintir netizen menganggap dia hanya mementingkan diri sendiri.

LANTANG bersuara meminta kerajaan membenarkan industri perkahwinan kormersil beroperasi menyebabkan penyanyi Mila Jirin dikecam netizen di laman sosial.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33, berkata dia menyedari ramai pihak tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas meniaga kek, Mila Jirin jual durian pula untuk bayar gaji pekerja - “Apa nak dimalukan... ini semua rezeki!”

Malah, laporan di beberapa blog hiburan mengenai kenyataan itu disalah tafsir sehingga menimbulkan kemarahan netizen.



Mila memuat naik rakaman sesi sidang media harian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya tahu semalam (Jumaat) saya dikecam hebat oleh ramai orang yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Ditambah pula dengan tajuk yang digunakan oleh blogger serta gambar yang menambah api kemarahan orang ramai.

"Kenapa saya nak minta industri perkahwinan dibuka semula, sehingga ada yang labelkan saya pentingkan diri. Saudara saudari, saya mewakili industri perkahwinan dan bukan atas peribadi.

"Dalam hidup ini kita kena sering mendalami masalah orang lain. Bila orang bercerita masalah mereka, kita mendengar dan mendoakan yang baik-baik dan cuba bantu yang termampu," tulis Mila Instagram.

Mila turut memuat naik rakaman sesi sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut memberi perhatian kepada industri perkahwinan.

Insya-Allah, saya mewakili semua pengusahan industri akan menghantar SOP pada Isnin untuk diperhalusi oleh MKN.

MILA JIRIN

PENYANYI DAN USAHAWAN

Menerusi rakaman tersebut, Ismail Sabri menjelaskan isu melibatkan perkahwinan yang sudah boleh dilakukan secara berperingkat bermula dengan nikah secara talian dan kini secara berdepan.

Kerajaan juga membenarkan pengusaha majlis perkahwinan untuk membentangkan prosedur operasi standard (SOP) dan akan dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Mila mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membantu berkongsikan keluhan pengusahan majlis perkahwinan sehingga mendapat perhatian media.



Mila bersama suami dan anaknya.

"Apa-apa pun saya berterima kasih buat anda semua yang bantu kongsi di FB, IG, WhatsApp mengenai keluhan kami pengusaha majlis perkahwinan komersial.

"Sebab anda, media nampak masalah kami dan bertanya terus kepada Datuk Seri Ismail Sabri. Terima kasih pada wartawan yang membantu bertanyakan secara langsung. Hanya Allah mampu membalas jasa baik saudari.

"Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri diatas saranan untuk kami bentangkan SOP kepada MKN. Insya-Allah, saya mewakili semua pengusahan industri akan menghantar SOP pada Isnin untuk diperhalusi oleh MKN," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain