suria

“Less friends, less drama” - Faezah Elai tak hairan kurang kawan

Pelakon Faezah Elai imbau kenangan zaman persekolahan bersama rakan baiknya.

PELAKON Faezah Elai mengakui tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dengan pertelingkahan yang mungkin timbul antara rakan-rakan.

Faezah berkata rakan-rakannya hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang dikenali sejak di bangku sekolah namun persahabatan itu memberi makna besar baginya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak mengutuk akak sebut Paejah saja, bukan Elai!” - Niat nak menegur tapi netizen samakan wajah bapa Faezah Elai dengan Yusry KRU

"Dah lama kita tak berjumpa. BFF ‘gila-gila’ saya sejak sekolah.

"Saya rapat dengan beberapa orang saja... tapi yang sikit tu la paling bermakna untuk saya.



Faezah hargai persahabatan yang terjalin antara dia dan rakan-rakan baiknya sejak di bangku sekolah.

"Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah," katanya.

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia dan rakan-rakannya yang berlainan bangsa digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika masih bersekolah.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini menyatakan dia seronok dapat bertemu dengan rakannya dan tidak sabar untuk meluangkan masa bersama di masa akan datang.

"Sebenarnya ada seorang lagi, berbangsa Cina.



Faezah dan rakan-rakan baiknya yang berlainan bangsa digelar 'geng masyarakat majmuk' ketika di sekolah.

"Mereka panggil kami ni geng masyarakat majmuk... Melayu, India dan Cina.

"Dah lama tak jumpa tapi bila dapat jumpa tu, masa pula mencemburui... Dua-dua nak bercakap.

"Seronok dapat jumpa awak. Jom kita cari satu hari untuk lepak bersama dengan Eileen.

"Bila kita bertiga mula bercakap, siapa agaknya yang akan dengar?" ujarnya.

Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38!

FAEZAH ELAI

PELAKON

Mengimbau kenangan zaman persekolahan, Faezah sempat membandingkan waktu dia masih memakai pakaian sekolah dan kini dia pula perlu menghantar anak-anak ke sekolah.

Isteri kepada pengarah terkenal Heykal Hanifah itu berkata dia seperti tidak percaya persahabatan mereka sudah mencecah 22 tahun.

"Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38!

"Rasa macam dua tiga hari lepas baru pakai baju sekolah, sekarang ni hantar anak-anak pula ke sekolah.

"Rasa macam mimpi pula," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Faezah Elai

Artikel Lain