suria

Berehat main TikTok, Mawar Rashid hamil anak kedua, alami alahan teruk - "Ramai minta buat Barbie Challenge tapi tak larat”

Mawar meluahkan rasa gembira dirinya kini sedang berbadan dua.

PELAKON Mawar Rashid berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, dia mengalami alahan yang sangat teruk berbanding mengandungkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pemujaan! Mawar Rashid padam video 'Lathi Challenge' - “Saya hanya nak tunjuk teknik mekap”

Mawar turut memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan ramai untuk dia melakukan cabaran solekan ‘barbie‘ di aplikasi tiktok kerana keadaan dirinya tidak mengizinkan.



Mawar dan Raf mempunyai seorang anak lelaki.

"Alhamdulillah... syukur... Doakan bayi kedua Mawar membesar dengan sempurna dan selamat. Doakan Mawar juga ya. Kali ini alahan teruk sikit. Tu yang perlahan sikit online.

"Ramai minta buat barbie challenge, tapi tak larat. Minta maaf gais. Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala. Doakan Mekwa alahan cepat habis ya. Loya teruk kali ini," kata Mawar.

Pelakon drama Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati itu berkongsi kegembiraan dan kesyukuran itu menerusi laman Instagram miliknya pada malam, Ahad.

Ramai minta buat barbie challenge, tapi tak larat. Minta maaf gais.

MAWAR RASHID

PELAKON

Ruang komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang juga mendoakan agar Mawar dan bayi dalam kandungannya sentiasa sihat serta selamat.

Dalam pada itu, Raf ketika dihubungi mStar memberitahu dia dan Mawar baru sahaja mengetahui berita gembira itu memandangkan ujian kehamilan isteri sebelum ini menunjukkan negatif.

Raf bagaimanapun, belum bersedia mendedahkan usia kandungan isterinya.

"Sudah tentu saya gembira. Rezeki daripada Allah dan kali ini memang morning sickness lain daripada Rafael. Mawar alami mual yang sangat teruk.



Mawar dan Raf bakal menyambut kelahiran ahli keluarga baru.

"Sebenarnya, kami baru sahaja tahu (hamil). Masa Mawar periksa guna ujian kehamilan, keputusannya negatif tapi selepas jumpa doktor, barulah disahkan hamil.

"Buat masa sekarang, Rafael memang Mawar yang selalu jaga tapi nanti kalau dia tak larat sangat, barulah saya akan ambil alih tugas tersebut," ujarnya.

Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang lahir pada 13 Mac tahun lalu.

Untuk rekod, Raf mempunyai dua orang iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan sebelum ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mawar Rashid, Raf Yaakob, anak kedua,

Artikel Lain