SEJAK 10 Jun lalu pekerja industri kreatif kembali bekerja selepas kerajaan membenarkan penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu. Berkongsi pengalaman kerja dalam norma baharu, pelakon Nad Zainal berkata dia berpuas hati apabila setiap kru memahami tanggungjawab masing-masing dalam menjaga keselamatan. ARTIKEL BERKAITAN: Belajar skil baru, Nad Zainal seronok duduk rumah sepanjang PKP - “Sayalah cikgu, sayalah tukang cuci rumah” "Menjalani penggambaran mengikut SOP ni rasa lebih selamat. Setiap masa kami dibekalkan dengan hand sanitizer. "Setiap kru dan barisan pelakon sedar akan tanggungjawab masing-masing, penggambaran pun jadi lebih efisien. Nad Zainal mula menjalani penggambaran pada 11 jun lalu. "Proses penggambaran pun tak jadi masalah walaupun kru tidak seramai dahulu," katanya kepada mStar. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, turut berkongsi situasi lucu dihadapi kru produksi yang asyik mengadu kepanasan kerana memakai pelitup muka pada setiap masa. Pelakon Di Hujung Ranting ini berkata setiap kru dan barisan pelakon turut disediakan bekas makanan sendiri. "Semua mengadu panas... Muka berwap sebab pakai mask setiap masa. Kami diberi bekas makanan setiap seorang, dah macam mak bekalkan anak makanan ke sekolah NAD ZAINAL PELAKON "Tapi yang lucunya kami diberi bekas makanan setiap seorang... Dah macam mak bekalkan anak-anak makanan ke sekolah," ujarnya. Sebelum ini, mStar melaporkan kebenaran menjalani penggambaran yang bermula pada 10 Jun lalu. SOP yang ditetapkan kerajaan semasa penggambaran dijalankan termasuk melakukan mesyuarat dan uji bakat secara atas talian, mengemukakan rekod perjalanan untuk semua kru dan artis sebelum penggambaran. Selain itu, produksi perlu melantik seorang penyelia keselamatan semasa penggambaran manakala perkhidmatan bufet untuk artis dan kru tidak dibenarkan selain jurusolek dan penata rias perlu mengikut prosedur yang betul dengan memakai face shield dan mencuci tangan sebelum dan selepas menyolek atau menata rias artis. Pihak produksi juga perlu menjaga jarak sosial dan menggunakan teknik yang betul dalam penggambaran untuk mengelakkan sentuhan fizikal antara pelakon. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!