suria

Nanas punca Nadya Syahera keguguran anak kembar? - “Saya tak tahu sedang hamil, makan macam-macam masa raya”

Nadya memberitahu suaminya sangat sedih apabila mengetahui dirinya keguguran.

PELAKON Nadya Syahera memberitahu dia terpaksa reda apabila mengetahui dirinya telah mengalami keguguran bayi kembar ketika usia kandungannya hampir mencecah tujuh minggu.

Nadya, 27, berkata keguguran itu mungkin berpunca disebabkan dia ada makan buah nenas muda sebelum ini tanpa mengetahui ketika itu dirinya sedang berbadan dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas isu curang, kedai terbakar, suami Nadya Syahera terbabit kes pendatang haram - “Dugaan tak putus-putus”

"Saya tak tahu yang saya hamil sehingga beberapa minggu lalu saya ada membuat pemeriksaan dan doktor telah mengesahkan yang saya hamil anak kembar. Sebelum itu, saya memang tak tahu sedang hamil.



Suami Nadya berkongsi keadaan dirinya ketika di hospital.

"Jadi, saya ada makan macam-macam masa hari raya tempoh hari. Saya ada juga makan nenas muda tapi waktu itu memang saya tak tahu diri sedang berbadan dua. Mungkin disebabkan itu saya alami keguguran.

"Selepas jalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada pendarahan dalam. Alhamdulillah saya selamat menjalani proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal pada pagi, Isnin," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, menerusi laman Instagram suami kepada Nadya iaitu Fizul Nawi pada Isnin mendedahkan isterinya mengalami keguguran anak kembar.

Memang dia nak sangat ada anak kembar memandangkan ramai dalam kalangan ahli keluarganya mempunyai kembar.

NADYA SYAHERA

PELAKON

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar Nadya dalam keadaan baik serta cepat sembuh.

Dalam pada itu, pelakon drama Dia Semanis Honey ini mengakui suaminya Fizul Nawi berasa sangat sedih apabila mengetahui dirinya mengalami keguguran bayi kembar.

Menurut Nadya biarpun suaminya sememangnya sudah berharap untuk dikurniakan anak kembar namun mereka reda dengan takdir yang Allah sudah susun buat keluarganya.

"Suami saya yang paling sedih apabila dapat tahu yang saya disahkan mengalami keguguran sebab dia memang sangat mengharapkan untuk dapat bayi kembar. Bila suami dapat tahu saya hamil anak kembar, dia orang paling gembira.



Nadya dan suami mempunyai dua orang anak.

"Memang dia nak sangat ada anak kembar memandangkan ramai dalam kalangan ahli keluarganya mempunyai kembar. Tapi apa-apa yang terjadi saya dan dia reda. Kami anggap ini bukan rezeki dan Allah sebaik-baik perancang," ujarnya.

Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan yang kini berusia dua tahun.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nadya Syahera, Fizul Nawi,

Artikel Lain